Apa yg korang tau pasal penyelidikan? Kat Malaysia ni masih kurang usaha melakukan aktiviti penyelidikan. Bukan takde. Ada. Tapi belum cukup utk membawa Malaysia ke tahap yg setanding dengan negara maju. Malaysia perlu ramai penyelidik dan pencipta. Tapi apa gunanya?
1) Negara maju sbb penyelidikan.
Mana ada negara yang maju tanpa penyelidikan? Penyelidikan dapat menghasilkan ilmu-ilmu baru. Bila ada ilmu baru, banyaklah teknologi baru, sbb teknologi dihasilkan daripada ilmu. Teknologi merealisasikan ilmu baru yang ditemui. Bila banyak teknologi baru, maka lebih majulah industri, masyarakat, aktiviti dan sebagainya. Pendapatan negara meningkat. Industri bertambah. Taraf hidup masyarakat pun berubah menjadi lebih moden.
2) Ilmu baru
Penyelidikan sepatutnya menghasilkan penemuan baru. Penemuan adalah berbentuk ilmu. Dengan penemuan baru, kita boleh teroka bidang-bidang baru. Dengan ilmu juga kita boleh pertingkatkan taraf dan kualiti hidup. Bila ada ilmu baru, orang lain akan beri perhatian pada kita. Mereka ingin belajar. Ada penyelidikan yang hasilkan produk/idea yang boleh dijual, jd secara tak langsung boleh ada income tambahan utk extend penyelidikan. Tapi yang lebih penting, orang akan datang belajar di sini. Orang akan memberi perhatian pada kita. Jadi dengan tumpuan yang diberikan, kita boleh popularkan Malaysia di peringkat dunia. Kita boleh tarik lebih banyak pelabur utk melabur dalam penyelidikan kita. Pelabur akan bawa sekali sumber dan kepakaran. Dengan adanya sumber dan kepakaran tambahan akan dapat memajukan lagi negara kita.
3) Teknologi dan kepakaran
Semua penemuan hasil dari penyelidikan akan membolehkan kita membina teknologi baru. Dengan teknologi yng terhasil, dapat membantu memajukan lagi kehidupan kita. Teknologi juga dapat mempercepatkan proses pembangunan negara, sbb aktiviti pembangunan jadi lebih mudah dan pantas dengan bantuan teknologi. Kita juga boleh latih ramai tenaga pakar tempatan untuk menguasai bidang yang berkaitan. Maka kita dapat hasilkan ramai tenaga pakar, sbb mereka boleh dilatih dan menambah kepakaran mereka dengan teknologi yang dibina.
4) Menaikkan paras ekonomi
Negara memerlukan teknologi untuk memanfaatkan sumber yg ada. Sumber manusia, alam semulajadi, kewangan semuanya perlukan teknologi. Apabila semua sumber dapat dimanfaatkan, akan dapat menjana pengeluaran dan menambahkan pendapatan rakyat dan negara. Tanpa teknologi, pembangunan ekonomi akan menjadi perlahan. Sebabnya, sumber bahan mentah perlu diproses utk digunakan oleh pengguna. Selain itu kerja memanfaatkan sumber mungkin perlu sumber lain. Jika takde pemangkin (pengangkutan, mesin pemprosesan dsb.) proses memanfaatkan sumber akan terganggu kerana kurang bekalan dari sumber lain dan proses itu menjadi terlalu lama. Produktiviti yg berkurangan akan mengurangkan hasil pengeluaran dan menjejaskan pendapatan. Teknologi juga meningkatkan produktiviti masyarakat. Ini membolehkan urusniaga dan tugas harian menjadi lebih cekap dan efisien. Hasil keluaran akan meningkat dan ekonomi dapat dijana dengan baik.
Jumaat, 26 September 2008
First research - the beginning
Langgan:
Catatan (Atom)