بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Khamis, 13 Mei 2010

Mari, mari, mari....

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm

Fatwa haramkan cuka wain perlu kajian

SHAH ALAM 12 Mei - Walaupun Majlis Fatwa Negeri Selangor telah mengharamkan penggunaan cuka wain daripada anggur di kalangan umat Islam pada Jun 2006 tetapi sehingga kini ia sukar dilaksanakan.

Ia berikutan penguatkuasaan itu memerlukan kajian saintifik untuk menentukan kesahihan kewujudan bahan tersebut dalam produk berkenaan.

Ekoran itu, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, pandangan dan kajian pakar-pakar teknologi makanan amat diperlukan bagi membantu pihaknya melaksanakan penguatkuasaan fatwa tersebut.

Tambah Tamyes, menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memastikan setiap produk makanan yang dikeluarkan dan disajikan tidak mengandungi unsur najis atau bercampur najis.

"Saya berharap matlamat utama seminar untuk mencari jalan agar masalah mengenal pasti produk bercampur cuka wain dapat diatasi segera mencapai sasaran.

"Seminar ini juga diharap mampu memberi panduan kepada pengusaha makanan terutama di hotel untuk memasak makanan selaras dengan tuntutan halal dalam Islam," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penerangan Pengharaman Cuka Wain Untuk Orang Islam di sini hari ini.

Hadir sama ialah Mufti Perak ,Tan Sri Harussani Zakaria serta wakil-wakil industri penyediaan makanan dan pengusaha hotel di negeri ini.

Peserta turut diberi penerangan mengenai penggunaan cuka wain dalam makanan oleh Pensyarah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Zainal Samicho dan Pensyarah Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mokhtar Shafie.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 dan 27 Jun 2006 menyatakan haram menggunakan cuka wain atau seumpamanya yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan lain.

Bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain atau seumpamanya kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan