'Mentekedarah' lebih kurang sama maknanya dengan 'menikmati' (berlebihan). Tidak tahulah siapa yang menciptanya. Istilah ini bukanlah istilah bahasa standard, tapi bahasa slanga atau dialek yang acapkali digunakan di kalangan orang biasa-biasa atau percakapan seharian.
Isu yang saya ingin bangkitkan ialah sikap 'suka lepas tangan' dan 'tidak ambil pusing' para pensyarah terhadap pelajar di bawah kendaliannya untuk program pasca graduat (sarjana/doktor falsafah (PhD)). Mungkin hal ini tidak melibatkan semua pensyarah institut pengajian tinggi (IPT). Namun yang nyata hal ini semakin membimbangkan, kerana saban hari makin kerap pula isu ini dibangkitkan oleh teman-teman yang terlibat sebagai pelajar. Maka secara tidak langsung, hal ini harus diberi perhatian bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk melanjutkan pengajian dalam program terbabit (sarjana/PhD).
Umumnya, setiap pelajar yang menyambung pelajaran di peringkat sarjana atau PhD akan diletakkan di bawah bimbingan / kendalian seorang pensyarah, sebagai penyelia pelajar. Penyelia merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan pelajar terbabit dapat melakukan penyelidikan dan menyiapkan laporan tesisnya sebagai syarat layak mendapat anugerah sarjana / PhD. Justeru, penyelia sepatutnya memberi bimbingan sebaik mungkin dan melayani masalah, keperluan, kemusykilan dan sebagainya yang dihadapi oleh pelajar sepanjang tempoh penyelidikan.
NAMUN, hal yang berlaku sekarang ialah pensyarah/penyelia yang sepatutnya membimbing pelajar tersebut akan melakukan perkara-perkara berikut:

- Memberitahu pelajar panduan umum tentang pengajian dan 'tanggungjawab'nya untuk menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan (minimum 2 tahun untuk sarjana, atau 3 tahun untuk PhD, yang pelajar sudah sedia maklum). Selain itu, 'lantak ko' (terpulang pada pelajar itu sendiri);
- Memaksa pelajar melakukan tugas penyelidikan yang lain, yang berbeza sama sekali dengan apa yang dimohon atau dinyatakan dalam proposal (di luar kemahuan pelajar), kemudian menyalahkan pelajar apabila projek gagal atau apabila timbul masalah;
- Hari ini suruh lain, esok suruh lain, masa pembentangan tanya lain?;
- Menyerahkan bulat-bulat kepada pelajar untuk melakukan penyelidikan, dan hanya tunggu hasil atau keputusan;
Kemudian apabila tugas-tugas penyelidikan mula diambilkira dalam penilaian prestasi, maka masalah yang lebih 'parah' mula menular di kalangan para pensyarah yang menyelia pelajar sarjana/PhD. Hari ini, kita akan sering mendengar masalah berhubung penulisan makalah / penerbitan jurnal (yang memberi markah kepada penilaian kerja pensyarah), seperti berikut:
- Penyelia akan meminta pelajar menulis makalah untuknya.
'Bagaimana?' tanya pelajar itu yang masih tidak tahu hala tuju.
'Pandai-pandailah', jawab penyelia dengan senang hati. - Penyelia akan meminta namanya dimasukkan dalam senarai penulis makalah, walhal penyelia tidak menulis sepatah (haram) perkataan pun dalam makalah tersebut!;
- Penyelia akan meminta namanya dimasukkan DAN diletakkan sebagai penulis utama (pertama), walaupun kandungan makalah itu adalah hasil penulisan dan kerja pelajarnya!;
- Penyelia akan 'melenting' kerana pelajar tidak mempedulikan permintaannya (masalah 2 di atas)
Untuk makluman semua, penulisan makalah ialah sebagai laporan hasil kerja penyelidikan. Biasanya bagi pelajar sarjana / PhD, pelajar memang sepatutnya menulis makalah kerana penyelidikan tersebut dilakukan oleh pelajar dan tentunya dia lebih faham. Namun perlu diingat, secara etikanya, NAMA ORANG YANG MENULIS DALAM MAKALAH ITU SAHAJA YANG SEPATUTNYA DILETAKKAN SEBAGAI PENULIS! (Kecuali dengan pertimbangan, jika ada idea penting individu lain (cth. penyelia) yang dimuatkan dalam makalah tersebut, maka boleh diletakkan namanya bersama. Namun nama penulis utama mestilah nama yang pertama.) Ini adalah etika dalam penulisan, tidak kiralah penyelia atau individu lain itu seorang pensyarah senior, profesor madya, profesor mahupun individu yang bergelar Dato' sekalipun! (maklum sajalah, ramai ahli akademik sudah bergelar Dato'...)
Jadi masalah yang berlaku melibatkan penyelia-pelajar di atas tak ubah seperti yang saya sebut 'mentekedarah' hasil titik peluh orang lain. Ini kerana, sudahlah penyelia mengambil sikap lepas tangan dan tidak mahu membimbing pelajar kendaliannya, kemudian meminta pula namanya dimasukkan dalam senarai penulis (kerana dia tahu akan dikira untuk markah penilaian). Tidak malukah mereka ini?
Hal ini bukan sahaja memburukkan imej pensyarah / penyelia yang berkaliber, malahan memburukkan lagi usaha kita yang cuba memajukan bidang penyelidikan dan saintifik ke arah mencapai taraf negara maju.
Sebenarnya isu ini tidak melibatkan semua pensyarah. Ada juga saya dengar, penyelia yang suka dan bersungguh-sungguh membantu pelajarnya. Bahkan ada juga yang sampai berlebih-lebihan (pelajar pula yang 'goyang kaki'). Namun begitu, masalah ini saban hari semakin ketara dan menular pula, seolah-olah menjadi budaya dan kebiasaan di kalangan pensyarah! (siapa tak mahu kerja senang?)
Disebabkan hal ini, saya ingin mengingatkan bakal pelajar ijazah sarjana atau PhD, bersedia sebaik mungkin dari aspek persiapan, pengetahuan dan sebagainya sebelum memohon melanjutkan pelajaran. Jika anda menghadapi masalah-masalah yang disebutkan, sekurang-kurangnya anda telah bersedia untuk menghadapi dan mampu menanganinya. Pilihlah bakal penyelia dengan sebaiknya. Ketahui hak anda, supaya tidak dipergunakan sewenang-wenangnya oleh 'ilmuan' (kononnya) yang ingin mengambil kesempatan.
Dalam melakukan tugas penyelidikan dan melaksanakan tugas penerbitan (laporan penyelidikan), ETIKA HARUS DIJAGA. Penyelidikan dan bidang keilmuan itu merupakan satu tugas yang mulia. Setiap individu yang terlibat, sama ada pensyarah (penyelia) mahupun pelajar harus ikhlas dan bersungguh-sungguh melakukan tugas penyelidikan. Bagi yang belum terlibat dalam bidang penyelidikan, masalah yang dinyatakan di sini agak teknikal dan sukar difahami. Namun apabila anda melaluinya (harap-harap tidaklah), mungkin anda akan dapat merasai betapa seriusnya masalah ini.
Harapnya, apa yang diperkatakan di sini dapat dijadikan panduan oleh pembaca yang ingin melanjutkan pengajian dalam program sarjana atau PhD untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang. Insya'Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan