بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Rabu, 5 November 2008

Bahasa Melayu dan Penyelidikan

Bila Tun Dr Mahathir bercakap pasal Bahasa Inggeris utk Sains dan Matematik, ramai pejuang bahasa 'menentang'. Hujah mereka, ramai budak Melayu tak dapat faham. Ramai pelajar luar bandar yang akan ketinggalan. Bahasa Melayu akan terpinggir. Aku tak kata mereka salah, dan Tun pun tak salah. Semua betul. Mungkin perlu ada satu kajian terperinci dan menyeluruh utk menjayakannya. Bukan secara add-hoc sampai semua bergaduh!

Bagi aku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ada peranan dan kepentingan masing-masing. Bila buat research aku perlu bahasa Inggeris sbb komuniti research lebih utamakan bahasa Inggeris. Kalau tidak, yg Jepun sembang dgn Jepun, Finland dgn Finland dan Amerika dgn Amerika. Bagi komuniti penyelidik, bahasa Inggeris penting dalam komunikasi antarabangsa.

...Bahasa Melayu dulu tak la penting sangat bagi aku. Aku ingat lagi waktu form 5, cikgu BM aku (tima kasih cikgu Maznan, MRSM Serting) penah denda aku sbb tak buat homework. Kalau kelas BM mmg antara kelas yg paling bosan. Cikgu lawak cane pun, aku bosan bila fikir bab bahasa. Tapi itu dulu. Ok sambung...

In fact, sekarang aku buat research bidang Computational Morphology. Tak tau la korang penah dengar ke tak. Aku penah dengar, sbb aku dah buat research hahaha. Kalau dulu perkataan 'kata kerja' pun dah buat aku tidur, skrg benda ni la yg buat aku celik mata sampai 3-4 pagi.

Bahasa Melayu ni menarik sebenarnya. Baru sekarang aku respek pengkaji-pengkaji bahasa Melayu, sbb kalau diorang tak buat kajian, haram payah aku nak dapat rujukan. Sebenarnya Bahasa Melayu ni cantik. Korang kaji la, dan hayati. Sbb walaupun aku bidang sains (komputer), makin lama aku kaji Bahasa Melayu, baru aku tau kat mana kecantikannya.... jatuh cinta, siot!

-luc

2 ulasan:

  1. saya sokong BM... tapi senang guna BI sebab banyak belajar dalam BI, lagipun cikgu cakap apply BI walau rojak untuk tingkatkan keyakinan guna BI..nway, hanyalah bahasa dan tujuan bahasa untuk sampaikan maklumat bagi orang faham =)
    tapi apa salah kalau guna BM yang simple2 kat kuliah...lagi cepat faham kan...hahaha daripada bahasa mat saleh ni...huhu

    BalasPadam
  2. salam bazLa',

    betul la tu ... :)

    bagi saya dua2 penting. 'telan' saja. hehehe

    sebaiknya kita patut usaha utk fahamkan dan tingkatkan kemahiran kita sendiri. Biar la apa cara sekalipun. Lepas tu ajar pula pada orang lain. Tu pun satu da'wah, dan lebih barokah (insya'allah).

    BalasPadam