بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Jumaat, 13 Mac 2009

Sisipan - Bukankah Masa Itu Berharga?

Mengapa kita semua masih sibuk dengan isu PPSMI? Berbaloikah masa yang digunakan untuk terus berkeras mempertahankan pelaksanaan PPSMI? Berbaloikah masa yang digunakan untuk berpolemik tentang isu PPSMI? Berbaloikah masa yang digunakan untuk 'bercakaran' sesama sendiri mempertahankan pendirian masing-masing yang belum tentu benarnya?

Sedarlah, dalam kita sibuk berdebat dan berdemonstrasi, orang lain sibuk membina teknologi. Sedarlah, menang atau kalah, yang jadi mangsa anak bangsa kita ... apa yang kita buat sebenarnya?

[Kemaskini 31/3/2009]

Nampaknya ada perkembangan yang positif. Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang telah cuba bersepakat demi kebaikan bersama, walaupun masih 'keruh' . (Kenyataan akhbar GMP berhubung pertemuan dengan Menteri Pelajaran)

dan perkembangan terbaru PPSMI setakat 31/3/2009


[1]

PPSMI diteruskan di sekolah menengah?

[sumber: Utusan Online]

KUALA LUMPUR 30 Mac - Keputusan kerajaan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan diumumkan tidak lama lagi, tidak semestinya dengan meneruskan dasar itu bulat-bulat atau menolaknya sama sekali.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, apa yang diutamakan ialah menyesuaikan dasar itu mengikut pencapaian kanak-kanak tempatan.

"Sama ada kita memansuhkan PPSMI atau tidak, saya percaya itu tidak menentukan atau memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan.

"Kementerian mempunyai cadangan yang hendak dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Salah satu ialah menggunakan bahasa Melayu di sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Jelas Hishammuddin, cadangan lain ialah memulakan PPSMI di tahun empat sehingga sekolah menengah dan menggunakan bahasa penghantar yang ditentukan oleh sekolah sendiri.

"Satu lagi cadangan ialah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di tahun satu hingga tiga diikuti dwibahasa pada tahun empat hingga enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah.

"Jangan lihat PPSMI saja yang menentukan kelangsungan dan kedudukan bahasa kebangsaan kerana usaha memartabatkan bahasa memerlukan pelbagai pendekatan serta penggemblengan semua pihak," katanya.

Sementara itu dalam jawapan kepada soalan asal Firdaus, Hishammuddin menjelaskan, empat perkara utama yang diambil kira berhubung isu PPSMI ialah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terus dimartabatkan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar diperkasakan.

"Dua lagi perkara yang diambil kira ialah kompetensi guru mengajar Sains dan Matematik serta pencapaian murid dalam kedua-dua mata pelajaran itu terus dipertingkatkan," katanya.

Tambah Hishammuddin, dalam konteks PPSMI yang melibatkan pelaburan besar, tenaga pengajar yang ramai iaitu 165,000 guru dan enam juta murid yang melalui dasar ini, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti semua kajian.

"Semua pihak tidak perlu terlalu emosi kerana sememangnya isu ini sesuatu isu yang penting. Akhirnya kalau kita silap membuat keputusan, kita akan ralat 10 atau 20 tahun.

"Kemudian ketika itu anak-anak kita toleh ke belakang dan kata mereka inilah yang membuat keputusan tidak bijak dan tidak tepat," katanya.


[2]

Syor PPSMI bermula Tahun Empat

Oleh Sazarina Shahrim dan Liza Wasilan
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mencadangkan mata pelajaran Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa ibunda di sekolah rendah, manakala penggunaan bahasa Inggeris dalam dua subjek itu diteruskan di sekolah menengah.

Kementerian turut mencadangkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) hanya dimulakan pada Tahun Empat hingga sekolah menengah atau menggunakan bahasa Melayu dan bahasa ibunda di sekolah rendah dan sekolah menengah bagi mata pelajaran terbabit.

Selain itu, sekolah diberi kuasa menentukan penggunaan bahasa pengantar dua subjek itu, penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perkara itu adalah antara cadangan dikemukakan kementeriannya kepada Kabinet berhubung PPSMI.

"Kerajaan tidak akan menolak dasar PPSMI ataupun menerima dasar itu secara bulat-bulat. Kita tidak perlu melihat perkara ini sebagai situasi kalah-kalah, tolak bulat-bulat atau terima bulat-bulat.

"Apa yang kita hendak lihat adalah menyesuaikannya mengikut pencapaian anak-anak kita," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah di Dewan Negara, semalam.

Hishammuddin berkata, cadangan itu dibuat hasil daripada pelbagai perbincangan, mesyuarat dan persidangan secara terbuka yang dibuat, antaranya membabitkan ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak kerajaan dan pembangkang.

Pada sidang media selepas itu, beliau yang juga Naib Presiden Umno menafikan dakwaan kononnya beliau cuba menidakkan peranan parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam proses kemerdekaan negara ketika memberikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu.

Beliau berkata, dakwaan itu yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, tidak bertanggungjawab kerana ucapannya sudah disalah tafsir.


Hmmm....

4 ulasan:

  1. salam..lame tak jumpe..aku dah lame bace ni tapi tak smpt mengomen...
    mulenye aku tak setuju dgn PPSMI ni..menyusahkan..tapi bila dah dibuat jugak dan aku tengok ade a pro dan kontranye..bila dah dilaksanakn macam ni, nak dibuang plak..macam2 hal nak kena baiki semula..lebih baik,masing2 wat keje fikirkan cara dan ambil langkah untuk mantapkan PPSMI tanpa mengenepikan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing2..duk nak kalut..budak2 kecik tu pun pening..kejap baljo melayu pastu bi pastu melayu pastu Jepun terus kot..dah jemu pun ade..pk panjang..jgn duk ikut perasaan je..nak banding dgn jepun..tapi cara kita kerja tak nak same dgn diaorang...jadi jgn nak bising2le..huhu..aku plak yg ikut prasaan:)

    BalasPadam
  2. Teman setuju tu..
    Kadang2 ada pro and kons dalam setiap pe kita lakukan.. pada saranan Tuan Lelucon melihatkan sebaiknya mereka melupakan perjuangan yang pro n kons itu.. lebih baik menumpukan dalam membina kejayaan diri dan jati diri..

    BalasPadam
  3. Tak elok kita fikir begitu..

    Kalaulah masa dulu orang Melayu tak fikir untuk memperjuangkan negara dan menerima pemerintahan penjajah, dengan alasan mahu membina kehidupan dengan ekonomi sedia ada, mana mungkin kita akan merdeka..


    Setiap suatu ada jalan perjuangan dan ada harga yang perlu dibayar...

    Dan kalau pun begitu, kalau pun kita keluar berdemonstrasi dan melaungkan pendirian kita, tidak semestinya ia datang dengan cara kita meninggalkan perkara-perkara lain yg juga tanggungjawab kita...


    Sekadar pendapat saya

    BalasPadam
  4. utk penjelasan, saya tak sebelah sesiapa pun, kerana bagi saya dua-dua ada betulnya, dua-dua ada salahnya. Mana yang betul, ambil saja.

    Fahana: tunggu dan lihat...

    Civic power: perbaiki diri kita je la :)

    Azila: lama saya tunggu awak bagi komen hehehe mcm 'terlibat' je...?
    Sebenarnya semua pihak harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu untuk duduk semeja dan menyelesaikan masalah secara bersama. Yang ruginya, diri sendiri juga.

    BalasPadam