بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Rabu, 6 Mei 2009

Panduan untuk bakal Sarjana dan Doktor Falsafah

Melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) - Bahagian 1

NOTA: Panduan berikut adalah perkongsian saya berdasarkan pengalaman-pengalaman dan maklumat yang diperolehi sebagai seorang pelajar PhD bidang Sains Komputer di IPTA tempatan (dan masih berjalan). Mungkin boleh digunakan dalam bidang anda dan mungkin tidak. Namun pada asasnya, semua sama (insya'allah) dan boleh dijadikan panduan.

Pengenalan

Ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD? Mungkin anda baru tamat belajar peringkat Sarjana Muda, atau dah 'jemu' bekerja (lepasan Diploma dan Sarjana Muda), atau meningkatkan kelulusan/kemahiran, atau berminat dengan penyelidikan. Jadi boleh fikirkan untuk sambung pengajian. Siri ini cuba memerihalkan beberapa perkara tentang pengajian peringkat Sarjana dan PhD supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan panduan untuk anda yang berminat. Tidak kira belum/sudah bekerja, tua/muda, miskin/kaya, sudah/belum berkeluarga. Selagi belum mati, mampu dan ada minat menyelidik, kita sentiasa ada peluang untuk belajar.

Panduan berikut adalah perkongsian ringkas. Ia lebih mengkhusus kepada universiti tempatan. Walau bagaimanapun tetap boleh dijadikan panduan untuk memohon ke universiti luar negara, cuma mungkin ada tambahan seperti penyediaan visa/paspot, tempat tinggal, pakaian panas musim sejuk dsb. Diharapkan dengan perkongsian ini, anda ada panduan dan lebih keyakinan untuk menceburi bidang penyelidikan.


Bagaimana Memohon dan Mendapat Tempat?

i) Peka dengan tawaran menerusi media massa dan iklan
Pihak universiti tempatan misalnya, ada menyiarkan iklan tentang pengambilan pelajar di media massa - akhbar utama, televisyen, radio dsb. Maklumat lanjut tentang program-program yang ditawarkan biasanya ada dinyatakan. Jadi maklumat-maklumat ini boleh dirujuk untuk mempertimbangkan hasrat melanjutkan pelajaran ke universiti terbabit.

ii) Rujuk universiti - khususnya sekolah pengajian siswazah
Lawati laman-laman web universiti terbabit. Jika ada sekolah pengajian siswazah di universiti berkenaan, lawati laman webnya. Selalunya iklan mengenai pengambilan pelajar ada disiarkan di situ. Jika tidak, hubungi terus pejabat pihak pengurusan sekolah berkenaan dan dapatkan maklumat tentang program-program yang ditawarkan dan bila pengambilan pelajar dilakukan. Khidmat melalui laman web selalunya disediakan oleh universiti awam tempatan dan universiti luar negara.

iii) Merujuk sendiri pengajar (bakal penyelia)
Boleh juga menghubungi pensyarah atau pengajar dalam bidang yang ingin disertai. Walau bagaimanapun dinasihatkan tidak menerima bulat-bulat (tanpa usul periksa) maklumat yang diberikan. Ada pensyarah yang tidak tahu perkembangan terbaru sekolah pengajian siswazah di tempatnya (polisi universiti kerap bertukar). Setiap maklumat yang melibatkan hal program pengajian yangt diberi oleh pensyarah perlu disahkan dengan menghubungi terus sekolah pengajian siswazah. Walau bagaimanapun, maklumat yang penting daripada pensyarah ialah dari aspek kajian dalam bidang terbabit.


Mengenali program yang ditawarkan - kursus saja / kursus dgn tesis / tesis saja

Sebaiknya kenalpasti dan pilih bentuk program pengajian yang ditawarkan. Di Malaysia, bagi pengajian Sarjana ada ditawarkan program kerja kursus (mengikuti kelas sepenuhnya) atau kursus dengan tesis (kelas dgn jumlah kredit tertentu, dan selebihnya menghasilkan tesis). Manakala pengajian PhD pula menawarkan program kursus dengan tesis atau tesis sepenuhnya (tidak perlu menghadiri apa-apa kelas. Hasilkan tesis saja). Saya tidak pernah dengar pengajian Sarjana yang menawarkan tesis saja (mungkin ada). Begitu juga PhD dengan kursus saja, tidak perlu tesis. Boleh dapatkan maklumat menerusi sekolah pengajian siswazah.

Setiap program ini ada yang ditawarkan sepenuh masa, ada yang separuh masa (kerja sambil belajar). Tempoh minimum (dengan tesis) biasanya 2 tahun bagi Sarjana sepenuh masa (separuh masa mungkin lebih), dan 3 tahun untuk PhD sepenuh masa (separuh masa mungkin lebih). Bagi kursus (tanpa tesis), Sarjana hanya perlu sekitar 1 tahun saja.

Apa matlamat pengajian anda? Bagi kursus saja, anda perlu mengikuti kelas (dengan gred yang baik) dan hasilkan kerja kursus/ tesis ringkas. Bagi kursus dengan tesis, anda perlu ikuti kelas, dan pada masa yang sama jalankan kajian untuk melengkapkan tesis. Manakala bagi pengajian tesis saja, anda akan gunakan sepenuhnya tempoh pengajian untuk buat kajian dan melengkapkan tesis. Bagi tesis, anda perlu jalani penilaian viva. Jika lulus, maka anda sudah layak digelar sarjana atau doktor (falsafah).

Apa dia tesis? Tesis ialah telahan (ada yang kata hipotesis) yang mana anda buat sebagai asas (tajuk) kajian. Kajian yang dibuat sepatutnya membuktikan tesis anda. Misalnya 'Jarum besi lebih cepat karat berbanding jarum alumunium'. Maka anda buktikan tesis ini dan hasilkan laporan kajian (juga dipanggil tesis).


Keperluan khas untuk mendaftar pengajian

i) Peperiksaan/Kelulusan tambahan
Biasanya pihak universiti mewajibkan pemohon menyertakan sijil kelulusan peperiksaan tertentu. Jika di Malaysia, biasanya peperiksaan bahasa Inggeris MUET (diiktiraf dalam Malaysia saja), atau TOEFL/IELTS (diiktiraf antarabangsa). Namun saya cadangkan duduki TOEFL/IELTS.

(Bagi menduduki IELTS, pendaftaran dikenakan bayaran (~RM500) dan boleh jalani di British Council (Malaysia), berhampiran KLCC.)

ii) Menyediakan proposal untuk pengajian
Setiap permohonan pengajian mungkin memerlukan anda menyertakan satu proposal kajian yang akan dilakukan. Format proposal boleh dirujuk pada pihak sekolah pengajian siswazah universiti terbabit, kerana formatnya mungkin berlainan antara universiti. Proposal wajib bagi pengajian tesis saja atau kursus dengan tesis. Bagi pengajian kursus saja saya tidak pasti. Proposal amnya tidaklah susah untuk dihasilkan. Yang penting ianya jelas untuk menerangkan tentang kajian yang ingin dilakukan semasa tempoh pengajian. Mungkin perlu ada tajuk kajian, objektif, pernyataan masalah, skop kajian, jadual rangka kerja dan sedikit kajian latar belakang bidang kajian. Tidak perlu hasil dan kesimpulan, kerana belum mula kajian pun!

Walau bagaimanapun, sila rujuk pihak universiti (sekolah siswazah) untuk maklumat terperinci.


Sedikit mengenai program pengajian

Walaupun pengajian ini diuruskan oleh universiti, hakikatnya kajian penyelidikan (tesis) yang anda lakukan ialah penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah (atau boleh berjaya dengan bantuan pensyarah/penyelia). Kajian yg akan anda lakukan adalah sebahagian daripada projek pensyarah yang bakal menjadi penyelia. Jika pensyarah sedia mengambil anda sebagai pelajar, maka pihak universiti juga mungkin bersetuju. Jika tidak, peluang mungkin 50-50 saja (pihak universiti akan cuba menyediakan penyelia untuk anda).

Pentingnya maklumat dari pensyarah jika kita ingin melanjutkan pengajian dengan tesis. Biasanya kajian yang ingin dilakukan bergantung kepada kesediaan pensyarah untuk menerima, menyelia dan membimbing pelajar (bukan setakat terima dan buat dek/selamba mengabaikan pelajar). Juga bergantung kepada kewibawaan pensyarah selaku penyelia dan projek yang sedang dilakukan. Sebaiknya bincang dengan bakal penyelia untuk mencari tajuk/tesis untuk kajian yang sesuai. Nilai keupayaan pensyarah untuk membimbing anda. Ada sesetengah pensyarah mungkin tidak layak, tetapi masih mahu menerima anda. Hati-hati jika tidak mahu susah kemudian (atau lebih buruk, GAGAL!)

Selain itu semak juga prestasi pensyarah melalui hasil kerjanya, jumlah kertas penyelidikan yang ditulis/diterbitkan, projek-projek yang pernah dijalankan, dan rekod pelajar-pelajar Sarjana/PhD yang pernah dikendalikannya. Biasanya Profesor sudah cukup wibawa untuk membimbing anda. Bagi yang selain itu, nilailah sebaiknya kerana semua faktor ini akan mempengaruhi kejayaan anda sebagai pelajar Sarjana/PhD. Namun tetap bergantung pada rezeki dan taqdir. Banyakkanlah doa dapat yang terbaik.

Cadangan saya, cari dulu tajuk kajian yang sesuai dengan menghubungi pensyarah dalam bidang kajian yang ingin anda ceburi, dapatkan nasihat dan pandangannya berhubung bidang anda. Pilih penyelia yang benar-benar layak dan mampu membantu. Walaupun anda mungkin sudah ada tajuk kajian anda sendiri, rujuk dan nilai dahulu penyelia sebelum mendaftar pengajian untuk memastikan apa yang dibuat itu boleh membawa kejayaan.


Persediaan-persediaan melanjutkan pengajian

1) Persediaan Kewangan:
Persediaan kewangan sangat penting di 'zaman duit' ini. Apa saja memerlukan duit. Maka panduan berikut berkenaan persediaan berkaitan kewangan yang perlu dilakukan untuk pengajian pasca graduat.

i) Yuran dan pembiayaan pengajian
Yuran pengajian ijazah sarjana dan PhD sangat mahal. Diulang, sangat mahal! Tapi tak perlu bimbang, kerana sekarang pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun menyediakan pembiayaan (biasiswa dan pinjaman) untuk menyambung pengajian. Untuk memohon anda perlu mendaftar pengajian dulu dengan universiti terbabit, dan permohonan pembiayaan boleh dibuat apabila tawaran pengajian diberikan. Selain KPT dan JPA, anda boleh memohon pembiayaan melalui Yayasan Negeri, agensi kerajaan seperti MARA, dan mungkin syarikat-syarikat swasta tertentu (Petronas, Shell dsb). Tetapi bagi syarikat, anda akan dikenakan kontrak bekerja dengan mereka selepas habis belajar. Ada juga yayasan / NGO yang menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Jika anda cemerlang boleh mohon. Misalnya Torray Science Foundation.

ii) Menjamin pembiayaan sara hidup
Bagi yang sudah bekerja mungkin tidak ada masalah, kerana ada wang simpanan. Namun perlu merancang juga untuk mendapatkan cuti bergaji/separuh gaji bagi kakitangan kerajaan. Sesetengahnya hanya diberi cuti separuh gaji. Ada juga yang dapat gaji+elaun belajar. Manakala bagi yang kakitangan bukan kerajaan, anda boleh mohon program pengajian separuh masa supaya ada bekalan sara diri. Tetapi pelajar Sarjana/PhD (dgn tesis) ada juga yang tidak perlu memohon cuti (tetapi pengajian sepenuh masa), kerana kursus tidak banyak. Jika ada kelas (kursus) pun cuma 1~3 jam saja sehari (bergantung pada jumlah kursus yang diambil), boleh 'tinggal ofis' sekejap. Selebihnya kajian sendiri. Tetapi jika ingin fokus, sebaiknya mohonlah pengajian sepenuh masa (jika boleh). Kerana pengajian Sarjana/PhD bukan senang. Apatah lagi jika sudah berkeluarga. Sumber kewangan sedia ada harus dijaga bagi memastikan anda tidak putus 'bekalan' semasa dalam tempoh pengajian. Bagi yang belum bekerja, anda mungkin dilantik sebagai pembantu penyelidik (Research Assistant / RA). Maka ada gaji (boleh la walaupun tak banyak). Jika anda berminat untuk jadi ahli akademik (pensyarah), blh cuba mohon kerja dahulu, kerana di kalangan IPT, KPT menyediakan pembiayaan sepenuhnya untuk pengajian pensyarah di dalam/luar negara. Siap ada cuti bergaji dan elaun! (dengan kontrak).

iii) Memilih projek dengan geran penyelidikan
Selain keperluan diri, ada kajian yang memerlukan perbelanjaan yang mahal. Misalnya yang melibatkan eksperimen. Anda juga mungkin terpaksa membelanjakan wang untuk buku rujukan, perbelanjaan ke seminar atau konferens, membeli data atau bahan kajian dari pihak luar dsb. Maka sumber kewangan yang mantap adalah sangat penting. Tidak semestinya guna duit sendiri. Di sinilah peranan geran penyelidikan (apa makna geran? duit le!). Jika bakal penyelia anda sudah mempunyai projek dengan geran penyelidikan (boleh tanya), maka beban kewangan untuk kajian sudah tidak rumit. Perbelanjaan ditanggung 'beres'. Bagaimana jika tidak ada geran? Tidak apa. Mungkin anda tidak memerlukannya atau kajian tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Tetapi jika perlu, anda boleh mohon geran kemudian.

iv) Memohon geran penyelidikan
Di Malaysia, pihak KPT sering menawarkan geran penyelidikan. Anda boleh berbincang dengan penyelia bagaimana untuk memohon geran-geran yang ditawarkan. Selalunya permohonan dilakukan melalui penyelia (kerana geran itu sepatutnya diuruskan oleh penyelia yang menguruskan projek. Pelajar tidak layak). Dengan adanya geran penyelidikan, anda boleh mengunakannya untuk membeli perkakasan seperti komputer, bahan ujikaji makmal, peralatan dan sebagainya yang berkaitan dengan penyelidikan anda nanti. Geran juga boleh digunakan untuk perbelanjaan untuk ke persidangan di luar negara (kosnya memang mahal!). Tetapi jangan mimpi untuk salahguna duit geran, kerana duit itu bukan diserahkan pada kita dlm bentuk tunai. Sebaliknya diuruskan oleh pihak universiti/fakulti tempat anda membuat kajian.

Akan Datang (Insya'allah): Bahagian 2 - 2) Persedian Mental, Fizikal dan Emosi, serta 3) Persediaan Intelektual.

21 ulasan:

  1. salam,

    terima kasih atas panduan.

    BalasPadam
  2. wslm. sama2 cikli. terima kasih sudi singgah.

    BalasPadam
  3. Saya seorang yang paradigmatik dgn multi disiplin ilmu. Saya bercita2 untuk sambung pengajian master dlm bidang berbeza dgn bidang ijazah saya sebelum ini.

    Jika saya tidak mampu master, ada plan nak ambil sijil @ diploma dlm bdg lain juga.

    Semangat bila ada member mempunyai ijazah sampai 2,3. dan berbelas diploma dlm pelbagai disiplin ilmunya.

    En lelucon ada pandangan tentang ini?

    lagi satu, lelucon rasa saya sesuai di bidang mana?

    BalasPadam
  4. Ijazah (sarjana muda), diploma dan sijil tu lebih kepada mendalami bidang ilmu utk diri kita (belajar yg kita belum tahu). Peringkat Sarjana dan PhD mengkaji pada 'sempadan ilmu' (ilmu yg kita dan orang lain belum tahu). Maka pd saya, dari aspek sumbangan kepada masyarakat, lebih baik 1 ijazah sarjana/PhD, berbanding byk ijazah bacelor/diploma atau sijil.

    penguasaan pelbagai-disiplin pd saya lebih berguna pd diri sendiri. Tapi blh menyumbang juga kepada masyarakt jika kita nak merumuskan satu bidang baru. Sebabnya hasil penguasaan pelbagai ilmu, kita nampak perkaitan (jika ada) antara ilmu tersebut, dan ini akan jadi sumbangan.Orang mungkin masih tak nampak kaitan, sepertimana yg kita nampak. Misalnya, biologi dan fizik, jd biofizik. Penguasaan banyak bidang juga berguna jika kita nak cari alternatif dari sumber yg lain dari satu bidang. Misalnya masalah kejuruteraan mungkin ada penyelesaian dlm bidang statistik, matematik dll.

    ustazah lebih sesuai kaunseling atau psikologi kot (berdasarkan tulisan di blog). Nampak mcm lebih minat ke arah itu. Model pembangunan sahsiah dan model insan. walaupun bidang ini senang berbanding bidang sains, enginering, dsb yang lebih rumit, ia juga agak kritikal pd masa ini (dan masih ada bhgn2 yg susah). Kerana nak bina satu model yg mantap bg pembangunan sahsiah nyata masih rumit, walaupun pelbagai teori sudah dikemukakan. saya yakin, pengaitan antara nilai Islam dan budaya sosial skrg masih lagi longgar, maka ruang untuk mengkaji modelnya masih ada. Tapi ini andaian saya, sbb saya bukan bidang itu.

    wallahua'alam (saya pun masih belajar)

    BalasPadam
  5. cuma, kpd para bakal penyelidik/pengkaji, kalau blh jgn terlalu bergantung (obses) pd teori orang Barat jika nak merumuskan sesuatu yg berkaitan dengan diri/masyarakat Muslim. Ini kerana bg penyelidik barat asas penyelidikan mereka adalah persekitaran, dan bukan asal kejadian. Banyaknya lebih kepada sekular/ateis. Blh diambil utk perbandingan dan dikritik, tetapi bukan rujukan hakiki.

    Misalnya, dalam pengkajian linguistik, mereka belajar drpd bahasa mereka, dan cuba digeneralisasikan kepada bahasa lain. Nampak mcm betul, tp jika diperhalusi byk kekurangannya teori-teori mereka kerana dasarnya adalah bahasa mereka, bukan bahasa lain. Apatah lagi soal hukum alam dan berkaitan agama. Sebenarnya peluang penyelidik Muslim utk menguasai penyelidikan sangat terbuka luas akibat kekurangan yang ada pada penyelidik bukan Islam (khususnya yang dipelopori Barat).

    BalasPadam
  6. salam.Nak tanye.. IELTS tu kena ambk kt British Counsil kt KLCC jer ke, dkt KLIUC tok leh ko..

    BalasPadam
  7. Yg di British Council tu saya tahu sebab saya pernah ambil di situ. Yg lain, cuba rujuk laman webnya.

    BalasPadam
  8. TK.IELTS ada juga kt KLIUC saya rujuk dh lmn web nye, tp ramai ambk kt British Council..Itu keliru tu..BC saja ke diiktiraf tmpat lain mcmana..BC jauh sngt KLIUC dkt umah.

    BalasPadam
  9. entah le. cdgn saya, dlm hal ini buat le yg pasti. Blh elak masalah kemudian,mana lah tau tak diiktiraf IPT terbabit. tak silap, 2 hari saja ujiannya.

    BalasPadam
  10. kalo kita nak sambung master kat oversea, UK or US, kena decide dulu kan??UK atau US then baru boleh pilih nak duduk exam ielts atau toefl. Kalo tak salah saya...ielts for those yg nak p UK, toefl tu untuk US..betul ker lelucon???

    BalasPadam
  11. akum, nak senarai pgajian separuh masa peringkat master di luar negara yang diiktiraf kerajaan msia. tq

    BalasPadam
  12. (maaf le, lambat dibalas. Tak perasan komen/pertanyaan anda.)

    (utk farah) - kalau tak silap, IELTS/Toefl bergantung sama ada diiktiraf/tak oleh univ terbabit (tak semestinya berdasarkan negara). Cuma amnya, blh kata macam tu la.

    (Tanpa nama) - saya tak tahu. tq

    Saya tak arif ttg exam2 tersebut, mahupun protokol, jenis2 program, secara terperinci. Saya bkn pegawai yg terlibat/menguruskannya. Saya cuma cerita apa yg saya lalui dan dengar dari kawan-kawan.

    BalasPadam
  13. Good explanation!!

    BalasPadam
  14. adakah kita perlu sambung master dalam bidang yang sama seperti degree kita? kalau kita lompat ke bidang lain yang hanya relate sikit2 je dengan degree kita boleh tak

    BalasPadam
  15. Formalnya, mmg sepatutnya sama. Kalau sama bidang, lebih mudah utk berjaya. Kalau nak tukar bidang perlukan kemahuan/kemampuan yang tinggi sbb banyak perkara baharu yg perlu dikuasai. Nak meyakinkan penyelia (yg kita blh buat) juga bukan perkara mudah. Itupun kalau univ terima.

    Sebenarnya nak tukar bidang, tak ada siapa yg blh halang kalau itu minat dan kebolehan kita. Secara peribadi, minat terhadap penyelidikan ni sepatutnya kena lahir dr dlm diri kita. Kena tanya diri sendiri - minat/tak?, boleh/tak? - kalau jawapannya ya, itu lebih baik. Kdg2 minat tu blh berubah. Masa lps kita minat lain, masa ni minat lain.

    Sbg panduan am, blh cuba. Tapi kalau rasa2 tak mampu dan tak minat, jangan. Saya gabung 2 bidang. Jd cabarannya mmg besarlah. Kalau nak mudah, jgn cuba. Kalau nak rasa, blh cuba. Tp mmg seronok (tension pun banyak) :)

    Cadangan saya, mulakan penyelidikan secara tak formal dulu (buat kajian, tulis makalah) sblm daftar. Drpd situ kita blh nilai kemampuan sblm tanggung risiko (dah daftar kena bayar, kena lulus!)

    Tapi semua kejayaan bergantung kepada izin Allah Taala.

    BalasPadam
  16. salam,,nak tya lelucon gbung 2 bidg dlm sarjana tu berkenaan apa? saya mmg belajar dwimajor dri sarjana muda lagi iaitu pngajian islam dan sains (fizik),,saya teringin nak sambng master dalam dwibidang spertimana degree saya tetapi sya lebih cnderung ke arah matematik dan pengajian islam, sya bimbang dgn peluang kerja yg tipis mnyebabkan sya kini dilema utk smbg master pon dalam bidang apa ataupun bekerja terlebih dahulu??

    BalasPadam
  17. Semua terima kasih kepada mrs KARINA ROLAND untuk membantu saya dengan pinjaman saya selepas ditangkap oleh orang-orang palsu yang kerang menjadi peminjam pinjaman.
    Nama saya Annika amahle mokoena, saya dari Afrika Selatan dan saya tinggal di bandar Johannesburg. Suatu bulan yang lalu saya sedang mencari pinjaman dalam talian dan saya melihat pemberi pinjaman pinjaman yang berbeza di internet dan saya memohon dari mereka dan semua saya mendapat adalah penipu saya menggunakan lebih daripada 2 syarikat dan saya ditipu semua melalui. Jadi saya berputus asa sehingga saya memutuskan untuk menyemak semula jika saya akan mencari bantuan seperti yang saya cari dan saya menetap untuk mencari syarikat pinjaman legit saya jumpa syarikat ini bernama KARINA ROLAND LOAN COMPANY saya melihat banyak testimoni yang dimaklumkan oleh orang dia tetapi kerana saya ditipu secara serentak saya fikir ia adalah penipuan tetapi saya melakukan apa yang saya diminta lakukan dan saya menunggu untuk pinjaman saya dan Puan KARINA ROLAND memberitahu saya dalam masa kurang dari 24 jam anda dengan pinjaman saya dengan selamat saya tidak percaya sebab saya fikir ia juga satu penipuan sehingga hari itu adalah waktu malam di Afrika Selatan dan saya tidur pagi esok ketika saya bangun saya menerima amaran dari akaun bank saya dan segera saya memanggil pengurus bank saya untuk mengesahkan dan pengurus bank memberitahu saya untuk datang ke bank dengan serta-merta dan saya pergi dengan serta-merta ketika saya sampai di sana pengurus bank memeriksa akaun saya dan melihat sejumlah $ 127,000.00 USD yang Dolar Amerika Syarikat dan saya menjelaskan kepada pengurus saya bahawa saya memohon pinjaman dalam talian dan bank saya pengurus terkejut jika ada masih sebuah syarikat pinjaman sebenar dan legit online saya sangat gembira semua terima kasih kepada MRS KARINA ROLAND saya memutuskan untuk menulis di internet kerana saya melihat orang lain melakukannya dan memberi keterangan tentang syarikat ini sebabnya saya menghantar mesej ini secara online kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pinjaman walaupun anda telah ditipu sebelum memohon dari syarikat ini dan yakinlah bahawa syarikat ini tidak akan membiarkan anda turun. Salam kepada sesiapa sahaja yang membaca mesej saya dan anda boleh menghubungi syarikat ini melalui pos (karinarolandloancompany@gmail.com) atau whatsapp sahaja +1 (585) 708-3478, Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membaca kesaksian ini, anda boleh menghubungi saya juga untuk maklumat lanjut ..... annikaamahlemokoena@gmail.com

    BalasPadam
  18. Jika bank Anda mengatakan tidak kepada Anda untuk pinjaman, ada tempat otentik di mana Anda bisa mendapatkan pinjaman asli. Saya ingin mendapatkan pinjaman institusi yang saya temukan online untuk semua saudara dan saudari Muslim yang mencari pinjaman cepat untuk dengan cepat menyelesaikan masalah yang diinginkan. Saya mendapat pinjaman Rp.700.000.000. dari ibu KARINA ROLAND LOAN COMPANY yang saya gunakan untuk merenovasi rumah sakit saya dan untuk melengkapi bisnis saya. Saya mendapat pinjaman dari mereka beberapa bulan yang lalu. Saya meminjam dari mereka karena ada banyak perusahaan pinjaman palsu online. Saya juga memperkenalkan saudara saya yang juga mendapat pinjaman sebesar Rp. 500.000.000 PERUSAHAAN PINJAMAN KARINA ROLAND. Sebelum saya menghubungi mereka untuk pinjaman, saya juga melakukan banyak penelitian tentang mereka dan menemukan mereka benar-benar asli. Mereka tidak seperti perusahaan pinjaman barat yang palsu. Jadi saya meminta pinjaman tanpa jaminan dengan mereka. Mereka memberikan pinjaman sesuai dengan hukum dan peraturan Islam. Tidak Perlu Jaminan. Tidak ada biaya tersembunyi. Mereka meminjamkan proses yang cepat dan sederhana. Tetapi Anda harus bisa menyetujuinya. dan Anda juga harus membayar kembali pinjaman mereka pada waktunya. Saya ingin meminta semua Muslim sejati dan tidak ada muslim untuk menghubungi ibu baik karina di email atau whatsapp: +15857083478 (karinarolandloancompany@gmail.com) Anda dapat menghubungi saya untuk meminta nasihat juga melalui email (nurraysadiena@gmail.com)

    BalasPadam
  19. BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!!

    Nama saya Maryam dari malaysia. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu semua pencari pinjaman agar sangat berhati-hati, kerana ada penipuan setiap hari, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan bahawa tidak ada pembayaran di muka, tetapi mereka adalah mode, kerana mereka akan kemudian minta pembayaran yuran lesen atau yuran pendaftaran dan yuran pemindahan, jadi berhati-hatilah dengan syarikat pinjaman dalam talian mereka yang curang.

    Beberapa empat yang lalu saya mengalami tekanan dan kecewa dari segi kewangan, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan rakan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai bernama Cik Christabel Missan, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebanyak USD200,000 dalam masa kurang dari 24 jam tanpa tekanan dan tekanan dan kadar faedahnya hanya 2%,

    Saya sangat terkejut ketika memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya kirimkan dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah.

    Kerana saya berjanji untuk menyampaikan berita baik, jadi orang dapat pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman dalam bentuk apa pun, sila hubungi dia melalui e-mel sebenar: christabelloancompany@gmail.com dan dengan rahmat Tuhan dia tidak akan mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda patuh.

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: maryamlady12u@gmail.com dan Sety diperkenalkan dan bercakap mengenai Puan Christabel, dia juga mendapat pinjaman baru dari Puan Christabel, anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: amishadewi2@gmail.com dengan permatabudiwati@gmail.com dan anda juga dapat menghubungi Dian Pelangi yang memperkenalkan kami lianmeylad@gmail.com, dan liliyanabasuki@gmail.com apa yang akan saya lakukan adalah berusaha memenuhi pembayaran pinjaman yang saya kirimkan terus ke akaun mereka setiap bulan

    Ini adalah nombor whatsApp christabel Missan +15614916019

    Satu perkataan cukup untuk orang bijak dari orang Indonesia dan Malaysia

    BalasPadam
  20. Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

    Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

     Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)

    BalasPadam
  21. Halo semuanya, Nama saya Siska wibowo saya tinggal di Surabaya di Indonesia, saya seorang mahasiswa, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman untuk sangat berhati-hati karena ada banyak perusahaan pinjaman penipuan dan kejahatan di sini di internet , Sampai saya melihat posting Bapak Suryanto tentang Nyonya Esther Patrick dan saya menghubunginya melalui email: (estherpatrick83@gmail.com)

    Beberapa bulan yang lalu, saya putus asa untuk membantu biaya sekolah dan proyek saya tetapi tidak ada yang membantu dan ayah saya hanya dapat memperbaiki beberapa hal yang bahkan tidak cukup, jadi saya mencari pinjaman online tetapi scammed.

    Saya hampir tidak menyerah sampai saya mencari saran dari teman saya Pak Suryanto memanggil saya pemberi pinjaman yang sangat andal yang meminjamkan dengan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp200.000.000 dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dengan tingkat bunga rendah 2 %. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa nomor saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, segera saya menghubungi ibu melalui (estherpatrick83@gmail.com)

    Dan juga saya diberi pilihan apakah saya ingin cek kertas dikirim kepada saya melalui jasa kurir, tetapi saya mengatakan kepada mereka untuk mentransfer uang ke rekening bank saya, karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres atau penundaan.

    Yakin dan yakin bahwa ini asli karena saya memiliki semua bukti pemrosesan pinjaman ini termasuk kartu ID, dokumen perjanjian pinjaman, dan semua dokumen. Saya sangat mempercayai Madam ESTHER PATRICK dengan penghargaan dan kepercayaan perusahaan yang sepenuh hati karena dia benar-benar telah membantu hidup saya membayar proyek saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman, silakan hubungi Madam melalui email: (estherpatrick83@gmail.com)

    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (siskawibowo71@gmail.com) jika Anda merasa kesulitan atau menginginkan prosedur untuk mendapatkan pinjaman

    Sekarang, yang saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman bulanan yang saya kirim langsung ke rekening bulanan Nyonya seperti yang diarahkan. Tuhan akan memberkati Nyonya ESTHER PATRICK untuk Segalanya. Saya bersyukur

    BalasPadam