**Tujuan penulisan adalah untuk membidas beberapa norma penyelidikan 'aneh' yang makin terkenal, dan mengkritik 'penjajahan pemikiran karut' dalam sistem penyelidikan. 'Kita' merujuk kepada penyelidik di Malaysia.
Penyelidikan ialah menghasilkan satu penemuan baharu. Penemuan bukan bermaksud merujuk kepada sesuatu 'benda' yang baharu, tetapi ilmu baharu. Ilmu baharu merangkumi ilmu yang menjelaskan sesuatu yang belum pernah diketahui. Menjelaskan sesuatu yang sudah diketahui umum berdasarkan satu perspektif baharu juga satu ilmu baharu. Ini kerana menjelaskan sesuatu dari perspektif yang berbeza dapat meluaskan lagi pengetahuan dan menyediakan satu pelantar baharu untuk penyelidikan seterusnya. Ini mendorong lebih banyak cabang penyelidikan dan peluang penemuan.
Namun persoalannya, adakah sesuatu penemuan itu mesti didasarkan kepada penemuan yang sudah sedia ada? Kita mungkin mengatakan 'tidak semestinya'. Tetapi tanpa sedar, kalangan kita mungkin sudah terikat dengan prinsip 'the knowledge must came from somewhere'. Ini disinonimkan dengan kewujudan sumber rujukan. Setiap makalah penyelidikan yang mempunyai banyak sumber rujukan dianggap boleh dipercayai, dan begitu juga yang tidak ada sumber rujukan tidak boleh dipercayai. Betulkah? Tidak semestinya. Hakikatnya semua kesimpulan dan pemerhatian kita adalah tertumpu dan bersumber pada alam. Maka pada dasarnya ia sudahpun 'came from somewhere', walaupun kita tidak boleh nyatakan dari sumber mana. Kita bukan malaikat yang datang dari syurga. Sebagai manusia, kita menjalani proses pembesaran dan interaksi sosial di alam nyata. Maka kesimpulan dan pemerhatian tidak dapat tidak akan bersumber pada alam nyata (melainkan kita boleh terima wahyu!). Sains itu adalah menjelaskan fenomena alam. Selagi mana kita boleh menjelaskan secara rasional tentang penemuan kita, maka seharusnya dapat membuktikan bahawa penemuan kita itu berguna dan masyarakat penyelidik harus menerimanya, walaupun tidak 100% (adakala yang nampak rasional itu salah. Malah yang sudah terbukti 'benar' pun ada yang didapati salah kemudiannya.) Dan penjelasan itu juga tidak semestinya datang dari penemuan orang lain, kerana ada alasan-alasan yang boleh dirumuskan berdasarkan pemerhatian kita sendiri.
Namun ada gunanya jika kita dapat menyatakan sumber dari mana kita memperolehi sesuatu maklumat. Kebaikannya ialah, seseorang boleh menyemak maklumat yang kita kemukakan dan memastikan bahawa maklumat itu benar serta selari dengan maklumat yang dinyatakan dalam sumber. Penyelidik adalah manusia, dan tidak mustahil akan melakukan kesilapan. Dengan menyatakan sumber rujukan membolehkan penyelidik mengelakkan kesilapan merujuk dengan bantuan penyemak atau penyelidik lain. Selain itu dengan menyatakan sumber rujukan kita juga dapat memberi kredit atau penghargaan kepada penyelidik yang menerbitkan rujukan. Mereka layak diberi penghargaan di atas usaha menerbitkan bahan rujukan. Dengan menyatakannya dalam makalah atau penerbitan kita sebagai rujukan sekurang-kurangnya kita menghargai sumbangan mereka, dan membantu menyebarkan maklumat yang dirujuk kepada penyelidik lain. Walaupun begitu, jumlah sumber rujukan tidak seharusnya dikaitkan sepenuhnya dengan kebenaran dan kesahihan sesuatu penyelidikan.
Penyelidikan adalah tertumpu kepada mencari ilmu baharu. Pemerhatian dilakukan terhadap persekitaran dan sekeliling kita. Kemudian kita menjelaskan secara rasional berdasarkan penemuan dan data yang diperolehi melalui eksperimen/penyelidikan. Ada idea penyelidikan yang bersumber dari penyelidikan dan penemuan penyelidik lain yang terdahulu. Namun ada juga yang mendapat idea melalui ilham atau secara tidak sengaja (melalui eksperimen sendiri). Hakikatnya penyelidikan itu adalah penerokaan. Meneroka membuat peta, bukan mengikut peta ('mapping the uncharted territory'). Kalau mengikut peta, kita mengikut jalan bukan menemui jalan. Tetapi hari ini kita diasak supaya menghasilkan satu penemuan dalam tempoh masa n unit masa (hari, bulan, tahun dll) yang berhad (finite). Adakah ini suatu norma yang patut diterima? Bolehkah kita menjangka bahawa kita akan menjumpai x pada n unit masa? Jika kita boleh menjangka sedemikian maka kita sudahpun menemui penemuan itu kerana kita sudah tahu dan boleh menjangka sekian-sekian akan berlaku! (Jika tidak bagaimana kita tahu? Inferen?) Layakkah dikatakan penemuan baharu?
Tidak dinafikan menetapkan tempoh masa untuk melengkapkan sesuatu kajian itu sangat penting. Satu kepentingannya ialah untuk memudahkan pengurusan dan perancangan kerja-kerja penyelidikan. Dengan menetapkan tempoh masa, kita boleh merancang perkara-perkara lain yang berkaitan seperti perbelanjaan, pengurusan sumber dan sebagainya. Banyak perkara dalam projek penyelidikan memerlukan kita menetapkan had masa supaya perancangan jelas dan tersusun. Menghadkan masa juga memastikan kita dapat menjalankan kerja-kerja penyelidikan dengan lebih efisien. Dengan ketiadaan had masa, kita mungkin cenderung untuk berlengah. Masa yang terluang banyak digunakan untuk tugas yang tidak berkaitan dengan penyelidikan. Ini merugikan kerana jika digunakan untuk penyelidikan mungkin lebih banyak faedahnya. Maka untuk mengelakkan pembaziran masa, perlu ada had masa. Namun kepentingan-kepentingan ini tidak harus diterimapakai secara rigid. Ianya harus fleksibel, di mana jika berlaku perkara yang tidak diingini, had masa boleh diubahsuai secara tidak keterlaluan supaya kerja penyelidikan tidak terganggu dan tidak menjejaskan kualiti hasil penyelidikan terbabit, dan pada masa yang sama tidak menjejaskan perancangan.
Komuniti saintis hari ini menegaskan perlu ada etika dalam penyelidikan. Tetapi bagaimana pelaksanaannya? Siapa yang mengawal etika? Apabila kita terlalu berpegang dan bersandar kepada pemikiran sains dari Barat, kita sebenarnya menerima konsep sains yang tidak kukuh. Tidak ada pertalian yang teguh antara unsur fizikal dan kerohanian. Etika yang wujud cuma disandarkan pada keinginan dan kehendak penyelidik. Jika tidak dipatuhi? Tiada siapa tahu. Kita boleh putar-belit berdasarkan penemuan-penemuan yang nampak rasional (walaupun salah). Malangnya tidak ramai yang mahu menilai semula pemikiran sains bercorak Ateis (tidak bertuhan) yang diwariskan pada penyelidik moden. Konsep 'penyelidikan satu ibadah' tidak diajar dalam pemikiran sains Barat, kerana sains Barat menolak konsep ketuhanan. Tetapi penyelidikan hari ini banyak menerimapakai budaya penyelidikan ala Barat. Alasannya kerana budaya penyelidikan di sana sudah berkembang luas dan hasil penyelidikan juga banyak. Pengaruhnya sukar untuk dielakkan. Maka banyak hasil penyelidikan saintis Barat dijadikan teras oleh penyelidik-penyelidik baru (termasuk saintis Muslim) untuk melakukan kajian dan penyelidikan. Justeru, tidak dapat tidak, penyelidik Barat terpaksa diangkat sebagai pelopor dan budaya, pendapat serta cara pemikiran mereka, tanpa sedar, diamalkan dalam penyelidikan zaman moden. Walau bagaimanapun tidak bermakna saintis Muslim harus menerima sepenuhnya budaya pemikiran saintis Barat. Saintis Muslim boleh menapis dan mengubahsuai tatacara dan definisi sains ala Barat supaya selari dengan perspektif Islam, dan satu contoh iaitu konsep 'penyelidikan satu ibadah' membuktikan walaupun sains itu dipelopori Barat, tidak semestinya kita juga harus jadi orang Barat (terima bulat-bulat). Sebaliknya yang baik dijadikan tauladan, yang buruk buat sempadan.
Islam memuliakan ilmu. Umat Islam disuruh mencari ilmu, dan ia dianggap satu ibadah (perbuatan yang menghasilkan kebaikan dan diberi pahala). Bidang penyelidikan adalah meneroka ilmu. Maka penyelidikan juga perlu dianggap satu ibadah (umum). Dalam permasalahan mengamalkan etika, beretika adalah satu ciri dalam ibadah, kerana etika atau disiplin membimbing ibadah untuk jadi sempurna. Etika bergantung kepada disiplin diri, kerana tidak ada sesiapa yang boleh menguatkuasakan etika terhadap diri kita, melainkan kita sendiri. Melalui konsep ibadah iaitu pengabdian diri kepada Tuhan, memastikan kita teguh berpegang kepada etika. Ini kerana kita tahu Tuhan sentiasa melihat kita, dan untuk mendapat ganjaran (pahala) kita perlu melakukan yang terbaik dan menghindarkan penyelewengan. Konsep 'penyelidikan satu ibadah' menunjukkan satu perkaitan antara fizikal dan kerohanian, kerana kita tahu setiap perbuatan akan dibalas (sama ada diketahui umum atau tidak). Jadi, penyelidikan bersandar pada etika, etika bersandar pada ibadah, ibadah kerana Tuhan dan Tuhan itu abadi/kekal. Maka hubungan dan perkaitan penyelidikan bersumber dari Tuhan ini merupakan satu asas yang dapat menjamin keteguhan prinsip dalam penyelidikan. Jika tidak inilah jadinya - plagiarisme di kalangan saintis - siapa mahu bertanggungjawab?
Sebagai rumusan, penulisan ini adalah untuk membidas beberapa norma penyelidikan 'aneh' yang makin terkenal, dan mengkritik 'penjajahan pemikiran karut' dalam sistem penyelidikan. Berdasarkan penilaian dan pengamatan penulis, terdapat beberapa budaya yang tidak wajar tetapi diamalkan sebagai budaya penyelidikan. Budaya tersebut adalah (1) budaya 'penyelidikan yang banyak rujukan adalah benar', (2) budaya 'penyelidikan mesti siap dalam tempoh sekian, sekian', dan (3)peminggiran konsep kerohanian dalam sistem penyelidikan. Diharap dengan adanya perbincangan ini, walaupun tidak terperinci dan agak longgar, dapat menjelaskan sedikit sebanyak isu yang wujud dalam penyelidikan seterusnya membantu memberi jalan penyelesaian kepada isu terbabit. Semoga penyelidikan di kalangan saintis Muslim dan kalangan saintis di Malaysia amnya, lebih jitu dan tidak dipengaruhi unsur-unsur yang bukan berdasarkan prinsip dan falsafah penyelidikan yang murni.
Rabu, 29 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam.
BalasPadamsemasa saya membuat tesis dahulu, saya terikat dgn dua budaya penyelidikan yg menghimpit produktiviti penyelidikan saya.
pertama, masa yg sgt suntuk ditambah dgn beban akademik yg lain. kerana itu, penyelidikan ibarat melepaskan batuk ditangga. Asal siap, lulus dan boleh graduate. Cukup. Pensyarah pula tdk berminat membantu. Mereka membantu jika ia mendatangkan manfaat untuk penyelidikan mereka sendiri.
Kedua, membenarkan semua penyelidikan sebelum ini. Ini dihadapi kebanyakan student,.mgkn masing2 belum diketengahkan apa itu penyelidikan. Jadi pada mereka, berjaya sesuatu penyelidikan itu ialah dgn cara membuktikan kebenaran sesuatu teori yg ditemui pada sumber2 rujukan penyelidikan sebelum itu. maka, tiadalah ilmu baharu yg dipelajari.
Kebanyakan pensyarah juga ada yang 'memggunakan student' untuk penyelidikan mereka. Mereka berniat bukan untuk mendidik pelajar sepenuhnya, cuma memberi kerja kepada pelajar untuk meringankan bebanan penyelidikan yg dibuat. Malah, ada bila pelajar tu berjaya, pensyarah yg dapat nama.
Pernah berlaku juga, apabila pelajar yg menemui ilmu baharu, pensyarah yang kagum dgn penemuan itu mahu 'membeli' penyelidikan tersebut. Maka, nama pelajar itu tidak diadakan dlm penemuan. yg ada hanya namanya. Maknanya, penghargaan pada pelajar dibayar dengan duit. Bukankah ini membantutkan usaha untuk melahirkan penyelidik2 baru dan muda?
bagaimanapun, saya mengagumi pensyarah yg membabitkan sama sekumpulan pelajar dlm mana2 penyelidikan yg dibuat.
saya ingin bertanya, bagaimana pula konsep penyelidikan dlm penulisan? Yelah, menulis kan tdk perlu masuk makmal...:)Penyelidikan oleh penulis ialah apabila ia berjaya melontarkan satu-satu pemikiran dan idea untuk memperbaharui pemikiran dan idea sebelumnya. betul?
maaf ye, lambat bls komen.
BalasPadammasalah 'ikut-ikutan' seperti buat ala-kadar, malas nak bantu dll. ini bukan baru dan dah jd warisan kerana (1) tidak ada kesedaran nak hentikan, (2) terpengaruh, (3) ingin turut sama (nak rasa senang). budaya 'warisan' begini patut dihentikan. Macam budaya 'buli' di asrama juga. Maka kita (yg ada kesedaran) harus menghindarkan sikap yg negatif yg diwariskan oleh mereka yg terdahulu. Apa yg pnting, jika sudah ada kesedaran, kita elakkan dan suarakan (kempen) juga pd orang sekeliling kita. Jika setiap seorang berusaha walau sedikit, lambat laun akan berubah juga (insya'allah).
Namun budaya penyelidikan di negara kita sebenarnya masih rapuh dan 'miskin' nilai, terutamanya pemikiran kritikal, budaya menyoal dan diskusi ilmiah (di kalangan masyarakat- kawan-kawan, saudara mara, keluarga). Ini satu ciri penting kepada budaya penyelidikan. Kesedaran perlu dipupuk dan diamalkan dlm diri. Pensyarah atau ilmuan patut malu bila 'menumpang' kerana ini menunjukkan mereka tidak layak jd penyelidik/ilmuan, kerana sifat ilmuan itu mencari dan menyoal untuk pengetahuan, dan bukan mengharap pd orang lain utk mencari jawapan.
penyelidikan dlm penulisan? banyak. cuma perlu kreatif dlm mencari idea dan banyakkan menyoal. Cuma yg perlu dipertimbangkan ialah adakah masalah itu mampu dan berbaloi diselesaikan/tidak. 'Mampu' itu blh dinilai dari segi kewangan (geran), bahan rujukan, data, masa dan sebagainya. 'Berbaloi' itu dari segi pulangannya kepada diri dan masyarakat. Ada masalah yg lebih penting utk diselesaikan berbanding yg lain. Ada yg bersifat komersial, blh beri pulangan. Pilih-pilihlah. Yg penting, asalkan ada sumbangan ilmu baru kepada masyarakat.
tq ustazah sudi komen.
(samb.)
BalasPadamkalau nak bagi tajuk spesifik bukan bidang saya, tp kalau idea penyelidikan dlm penulisan, saya rasa:
1. etika Islam dalam kewartawanan
2. kajian tokoh-tokoh kewartawanan cth. A Samad Ismail - kajian terhadap pemikiran dan ideologinya
3. struktur penulisan efektif mengikut model bla,bla,bla (kena cari le model apa yg best)
4. perbezaan aspek ilusi, fantasi, bayangan dan ilustrasi melalui penulisan
dll.
Itu pandangan yg dpt saya bg. Belum tentu betul. Kena tanya penyelidik bidang penulisan.
"Penyelidikan oleh penulis ialah apabila ia berjaya melontarkan satu-satu pemikiran dan idea untuk memperbaharui pemikiran dan idea sebelumnya"
hmmm... setakat melontar idea semua orang blh. Tapi nak membuktikan teori itu efektif atau rasional tu yg susah.
Salam..saya ingin berkongsi pengalaman semasa mengambil sarjana.Ikhlas saya bgtau hampir 90% kajian tersebut hasil usaha saya.Penyelia saya warga Arab dan sering bercanggah pndpt dgn saya kerana cara penulisannya agak detail bkn kritis.Kalau nyatakan sesuatu perlu contoh berjela2 tanpa membuat analisis.Saya teruskan juga cara saya dan dia terpaksa bersetuju.Akhirnya semasa viva,penyelidikan saya mendpt pujian dan dialah tumpang dpt nama.Mana2 yg silap seperti aspek teknikal sayalah yg kena..Spatutnya dlm viva klu nak kutuk kena kutuk student dan penyelia juga,baru adil.
BalasPadamBoleh tk bagi maklumat sikit tentang sistem pemantauan sebagai ketua penyelidik...bagaimana kita nak pantau pelajar atau penyelidik bawah kumpulan mereka boleh menyiapkan sesuatu kerja dalam masa yg ditetapkan?
BalasPadamkpd Tanpa Nama:
BalasPadamentah,saya pun tak blh nak kata sistem apa yg bagus (sbb saya blm pnah menyelia plajar post-grad). Dan saya pun tak penah jd ketua penyelidik. maaf le.
cuma blh bg idea/cdgn sja. mungkin blh guna sistem pemantauan berkala. Letak target-target kecil dlm tempoh tertentu, dan semak hasil kerja pljr setiap kali tempoh habis. Biasanya kan ada matlamat utama, dan matlamat utama ini blh dipecahkan kepada sasaran-sasaran (target) kecil. Setiap sasaran perlu dicapai dlm tempoh tertentu. Bila ada kala/tempoh2 ini, kita dapat agak sama ada objektif utama dapat dicapai atau tak. Jika sasaran kecil blm tercapai, kita masih ada masa buat 'corrective action'.
Tapi masalah kita (penyelia) selalunya harap pelajar akan dtg jumpa kita. Ni kurang bagus. Ada pelajar malas @ tak mahu jumpa. Maka penyelia juga perlu ada kesedaran utk 'sedarkan' pelajar (kena 'follow-up').