Saya bukan mahu mengulas tentang produk. Apa yang ingin disentuh adalah kepentingan kajian terhadap industri makanan HALAL di Malaysia dan sejauh mana mutu, kebersihan dan kesucian makanan itu dijaga atas tiket HALAL. HALAL ini saya rujuk sebagai satu jenama/'tiket pelaris', manakala istilah halal (huruf kecil) merujuk konsep halal yang sepatutnya.
Sekarang ini rata-rata komuniti pengeluar makanan di Malaysia sudah mula sedar dengan kepentingan HALAL di Malaysia. Bukan saja di kalangan orang Islam, malah pengeluar yang bukan Islam juga sudah mula berebut-rebut memohon sijil HALAL daripada JAKIM dan HDC (Halal Industry Development Corporation). Fakta ini saya ambil daripada siaran berita yang disiarkan di stesen tv tempatan tidak lama dulu. Tapi ada juga pengeluar makanan beragama Islam masih tidak mahu mendapatkan sijil HALAL. Mengapa agaknya? Entahlah, mungkin ada sebab tersendiri. Tetapi kita semua harus sedar bahawa HALAL ini penting sebagai:
- penunjuk bahawa makanan yang dikeluarkan memenuhi standard makanan 'halal' di Malaysia.
- meyakinkan pengguna Islam (dan bukan Islam) bahawa makanan yang dikeluarkan diiktiraf 'halal', sekaligus menarik lebih ramai pembeli, kerana,
- menunjukkan bahawa kualiti dan bahan makanan itu terjaga (bersih adalah satu keperluan untuk mendapat status HALAL)
Sebagai perbincangan dan kajian, adakah produk yang diiktiraf HALAL itu benar-benar halal (suci dan baik)? Ini perlu dipersoalkan kerana ramai melihat bahawa industri makanan boleh maju dan mendapat keuntungan melalui tiket HALAL. Jadi ramai yang berebut untuk memenuhi standard HALAL, tanpa mengetahui konsep halal yang diterapkan dalam Islam. Ini perlu diberi perhatian serius juga, selain kes-kes pemalsuan logo HALAL.
Sedangkan konsep halal itu bukan saja HALAL, tetapi perlu dijaga dari segi; (1) kesucian bahannya, (2) kesucian prosesnya (pengilangan, penjualan dsb), dan (3) kesucian jiwa pembuatnya (beragama Islam). Bila disebut pembuat mesti Islam, bukanlah syarikat Islam saja layak. Syarikat milik bukan Islam tetap boleh menghasilkan makanan halal. Tetapi orang yang membuat makanan itu mesti orang Islam yang kuat amalan agamanya. Seperti mana disentuh sebagai IMP di atas.
Ya itulah hakikatnya. Kalau kita mahu iman yang teguh (insya'allah), cubalah cari makanan yang memenuhi 3 kriteria halal itu (harap tidak kebulurlah rakyat Malaysia lepas ni!). Tapi dalam keadaan semasa, sukar rasanya nak dapatkan makanan seperti ini. Maka terpulanglah. Tepuk dada tanya iman. Asalkan yakin halal, kerana Islam itu 'mudah dalam susah'. Tapi jangan sampai meng'halal'kan juga benda yang haram atas sebab terpaksa.
Persoalan utama:
- Adakah makanan diiktiraf HALAL itu memenuhi 3 kriteria di atas?
- Apakah cara yang berkesan untuk memastikan HALAL itu dikuatkuasakan (bukan setakat untuk dapat sijil)?
- Dan apakah cara yang berkesan untuk memastikan usaha tersebut (penerimaan 3 kriteria halal) disambut baik sebagaimana sambutan terhadap HALAL?
Promosi : untuk menyemak pengesahan Jakim, boleh SMS dengan menaip halal [kodbar produk] (contoh: halal 1234567890) dan hantar kepada 32728 (setiap SMS dicaj 50 sen), atau lawat sendiri laman web Jakim.
