بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Jumaat, 28 November 2008

Nafsu & Emosi - Perbandingan kecil agama dan sains

Apakah dia nafsu? Persoalan ini mungkin mudah dijawab oleh para ulama. Adakah nafsu diiktiraf dalam sains? Apakah pula emosi? Jarang pakar rujuk agama memperkatakan tentang emosi, kerana selalu yang dikaitkan dengan tingkahlaku buruk/baik adalah berpunca dari nafsu. Ahli sains pula lebih mudah mendefinasikan emosi berbanding nafsu.

Apakah kaitan nafsu dengan emosi? Adakah yang disebut 'emosi' dalam sains merujuk pada 'nafsu'? Nafsu selalunya dirujuk sebagai keinginan. Tapi di mana letaknya emosi dari sudut agama? Adakah sama dengan jiwa?

Post ini bukanlah bertujuan mencari kaitan nafsu dan emosi, tetapi mengkaji betapa lengkap dan 'saintifik'nya bukti agama terhadap bidang sains.

Nafsu diterangkan dengan jelas dalam Al-Quran. Bahkan menurut riwayat, nafsu adalah sejenis makhluk (Allah adalah pencipta/khaliq. SelainNya adalah makhluk). Dijelaskan dalam peristiwa bagaimana Allah S.W.T. menguji aqal dan nafsu, yang mana aqal dengan sekali soal mengakui kebesaran Maha Pencipta (Allah). Manakala nafsu 'terpaksa' melalui 3 sesi soaljawab dan siksaan sebelum mengakui kebesaran Allah.

Dari perspektif agama, apabila seseorang berbuat baik/jahat, adalah didorong oleh nafsu. Apabila kita melakukan sesuatu, bermakna kita bertindak mengikut nafsu. Aqal membantu manusia mengawal nafsu, kerana pertimbangan aqal membezakan nafsu kepada yang baik, atau buruk. Nafsu akan mempengaruhi otak, kerana otak akan membuat pertimbangan berdasarkan keinginan (nafsu).

Qa'edah mengawal nafsu diterangkan dalam Al-Quran, iaitu (1) Menggunakan aqal, dan (2) Memperbanyakkan ibadah (berzikir, berpuasa dll). Malahan, (2) ialah qa'edah berkesan membantu (1) mengawal nafsu, jika (1) kurang berkesan.

Bagaimana pula dengan emosi? Sains psikologi, umpamanya, sering mengaitkan emosi dengan sikap. Apabila berasa gembira, emosi akan mempengaruhi kita untuk melakukan perkara yang baik (atau yang disangka baik) untuk melahirkan kegembiraan. Apabila sedih, emosi sedih mempengaruhi kita untuk berdiam diri, murung atau melakukan perkara yang boleh menghilangkan kesedihan. Emosi juga mempengaruhi otak.

Tapi apakah penyelesaian mengawal emosi? Emosi dikatakan berkait dgn keseimbangan hormon dalam badan. Bagaimana nak mengawalnya? Pengamal perubatan mencadangkan supaya bertenang sebagai satu kaedah mengawal emosi. Dengan apa? Salah satu penyelesaian moden melalui penggunaan ubat penenang. Manakala qa'edah lain seperti bersiar-siar, bersenam/bersukan dll. Qa'edah spiritual adalah dengan yoga, meditasi dan sebagainya (yang haram untuk umat Islam). Manakala umat Islam digalakkan beribadah seperti berzikir, bersolat dll (yg mana adalah qa'edah mengawal nafsu).

Jadi qa'edah penyelesaian melalui agama lebih menyeluruh. Jadi mengapa sains tidak mahu menerima pendekatan agama (dan sering menafikannya)?

Perbincangan pendek ini mungkin belum mengemukakan hujah yang kukuh. Tetapi dapat menjelaskan bahawa, pendekatan agama yang kadangkala nampak seperti tidak 'saintifik' sebenarnya lebih berkesan dan lengkap. Maka pendekatan agama tidak seharusnya diketepikan dalam menerangkan bukti/hasil penyelidikan.

Ahli sains dan ilmuan Islam perlu memainkan peranan mengetengahkan cabang ilmu agama ke dalam bidang sains sebagai pelengkap. Cuma lebih banyak 'bukti-bukti sains' perlu dicari supaya membuka mata pengkaji dan ilmuan sains (yg tidak menerima 'bukti agama') agar dapat menerima ilmu yang telah lengkap tetapi 'belum saintifik' itu.

3 ulasan:

  1. salaam... saya suka topik macam ni... yang ala2 ada kaitan dengan otak...mmm...nak tanya, tahu tak cara mudah (tak perlu bayar) untuk menguatkan keaktifan subconcious mind? ... mmm...maybe saudara pernah baca pasal ni... kaitan bahagian depan otak dengan sikap... kat scienceislam.com

    http://scienceislam.com/quran_cerebrum.php

    keep on your research... what's your research about? tq...salaam

    BalasPadam
  2. wslm BazLa',

    terima kasih. harap2 kita boleh sama2 minat bab penyelidikan.

    saya belum pernah terbaca bab subconcious mind. Saya tak byk baca bab otak. motivasi ada lah. Bidang saya bidang komp.sains + bahasa. Tapi dah minat penyelidikan, 'bantai' je tulis mana2 idea yg terlintas. hehehe

    terima kasih byk2 utk pautan tu.

    BalasPadam
  3. bazLa',

    tambah skit. penah dengar petua, ' ... nak jadi tabiat kena ulang 40 hari (atau 40 kali) berturut2'? -(mungkin dari hadis atau kata2 ulama)

    bila jadi tabiat, tak perlu dirancang, boleh berlaku scra automatik ('subconcious'), tapi terkawal. Kadang2 fikir benda lain pun boleh buat juga hehehe.

    just an opinion.

    BalasPadam