Nine-year-old writes iPhone code
A nine-year-old Malaysian boy in Singapore has written a painting application for the Apple iPhone. Lim Ding Wen created the finger painting program, known as Doodle Kids, for his two younger sisters aged three and five. The program allows iPhone owners to draw images on the handset's touch screen using just their fingers. The program has been downloaded more than 4,000 times from Apple's iTunes store in less than two weeks. While most children of his age are painting or drawing with crayons, Lim Ding Wen has been programming.
Lim, who is now fluent in six programming languages, first started using a computer when he was two-years-old, discovered programming aged seven, and has since completed more than 20 programming projects. His latest application, Doodle Kids, allows users to draw pictures using their fingers and then clear the screen by shaking the iPhone.
"I wrote the program for my younger sisters, who like to draw," said Lim. "But I am happy that people like it."
Lim wrote the original application on his computer but has now adapted it for use on an iPhone. He told The Electric New Paper in Singapore that he wrote the application in just a few days in Pascal. Writing on his website, Lim's father - Lim Thye Chean - a chief technology officer at a local hi-tech firm, who also writes iPhone applications, was modest about his son's achievements.
"Ding Wen is an above average boy with an interest in computers, especially Apple IIGS and Macs, likes to do programming, and that's it.
"Doodle Kids is an extremely simple program that can be done by anybody. Everybody can program - if Ding Wen can, so can you," he wrote.
Lim Ding Wen is now working on a sci-fi game for the iPhone called Invader Wars and plans to join his school's robotics club.
Sumber: BBC - Technology
Apa yang menarik di atas:
- mula kenal pengaturcaraan seawal usia 2 tahun
- membina aplikasi seawal usia 9 tahun
- membina aplikasi permainan untuk adik-adiknya!
Berita di atas berkenaan seorang rakyat Malaysia, yang mencapai kejayaan di negara jiran, Singapura. Saya ingin berkongsi tentang saranan Tun M dalam ucapannya tentang perlindungan harta intelek dan peranan negara membangun (dan miskin) melindungi harta intelek (Mahathir, 2006). Antara lain, beliau menyebut tentang hak-hak negara membangun dari sudut perlindungan harta intelek mereka terhadap negara kaya.
Dewasa ini ramai penyelidik/intelek daripada negara-negara membangun bermastautin di negara kaya dan menyumbang hasil kerja dan keintelektualan mereka di sana. Hal ini disebabkan negara kaya dapat menyediakan kemudahan penyelidikan yang diperlukan oleh penyelidik, berbanding berada di negara asal mereka. Tun M berpendapat, seharusnya negara-negara kaya membayar royalti atas sumbangan para penyeldik yang bermastautin di negara kaya. Royalti ini perlu dibayar kepada negara asal penyelidik berkenaan.
Negara asal berhak mendapat royalti kerana negara berkenaan telah berusaha menyediakan pendidikan dan prasarana untuk melahirkan penyelidik. Tetapi apabila para penyelidik telah mendapat pendidikan yang cukup, mereka 'melarikan diri' ke negara kaya. Kesannya, negara kaya terus kaya dengan sumbangan mereka, sedangkan yang membangun dan miskin terus ketinggalan tanpa mendapat apa-apa sumbangan daripada penyelidik yang mereka lahirkan. Justeru Tun M berpendapat, adalah wajar negara kaya terbabit membayar royalti sebagai 'ganti rugi' kepada negara asal penyelidik. Royalti ini bukan sekadar sebagai 'wang tebusan', bahkan bertujuan (1) membantu negara membangun mendapat manfaat dari penyelidik yang mereka lahirkan, selain (2) meningkatkan lagi keupayaan negara tersebut untuk melahirkan lebih ramai cerdik pandai dan penyelidik yang berbakat.
Pastinya saya sangat bersetuju dengan Tun M. Namun untuk memberi komen yang bersifat kritis, pandangan Tun M ini mungkin akan jadi sekadar pandangan yang tidak dipedulikan (hakikat ini sebenarnya diujarkan juga oleh Tun pada akhir ucapannya hehehe). Hujah yang akan dibangkitkan oleh negara kaya ialah (1) bagaimana negara asal boleh mendakwa royalti hak mereka, sedangkan belum tentu pendidikan yang diberikan merupakan asas kepada penemuan penyelidik berkenaan (mana bukti adanya hubungan langsung? Penyelidik belajar juga di negara lain); (2) penyelidik secara sukarela bermastautin di negara kaya dan dianggap ingin menyumbang kepada negara kaya, bukan negara asal mereka; (3) berapa peratus royalti yang perlu dibayar? dan bermacam alasan lain yang akan digunakan oleh negara kaya.
Tun M mungkin sedar atas masalah ini dan beliau sendiri mengujarkan bahawa semua ini bergantung atas 'ehsan' dan rasa prihatin negara kaya berkenaan untuk membayar, kerana tiada badan antarabangsa atau undang-undang yang boleh memaksa mereka membayarnya. Justeru, dalam menyelesaikan masalah ini, mungkin (MUNGKIN), atas inisiatif dan semangat patriotik penyelidik berkenaan, boleh (1) mendapatkan hak (cth: paten) peribadi terhadap penyelidikan mereka, dan membawanya pulang ke negara asal; (2) pulang ke negara asal dan membangunkan prasarana penyelidikan (seperti yang diusahakan oleh Malaysia sblm ini memanggil pulang tenaga pakar); (3) menyalurkan perkembangan penyelidikan mereka ke negara asal (tak perlu pulang), supaya maklumat itu boleh dikembangkan di negara asal mereka oleh penyelidik lain. Sedikit sebanyak usaha ini dapat mengelakkan hasil sumbangan penyelidik dari negara membangun/miskin dimanipulasi oleh negara kaya yang tidak mahu memikirkan nasib negara terbabit.
Rujukan:
- Mahathir Mohamad (2006). Islam, Knowledge and Other Affairs. MPH Publishing.
- BBC News. URL = http://news.bbc.co.uk/2/hi/technology/7874291.stm (dirujuk pada : 10/02/2009)
betul betul..sayangnye dgn ilmu yg ada tak dikembangkan untuk tanah air sndiri.Pastinya ramai yg mmrlukan.Tapi tak kurang juga yangmasih terus brbakti di tanah air ni.Kerajaan bg pnjaman,biasiswa sambung study kat luar negara..dah cemerlang,dah selesa kat sana,takingat plak kat MALAYSIA TERCINTA ni..huhu.em..betul gak erk..sekurang2nya salurkan ilmu tu pada tanah air tanpa perlu pulang..suke ponting ni>_<..thanx ya..
BalasPadampenyelidik yg tk nak balik pun tak boleh disalahkan, dah dapat apa yg dihajati, takkan nak lepaskan... Tp hairannya, tikus takde pulak duduk dlm guni beras, semut taknak pulak duduk dlm bekas gula... hmmmm kena belajar hikmah dr alam semulajadi nih :)
BalasPadamp/s: sama2... tima kasih bg komen
em,unik perumpamaannya..kalau kita kat tmpat diorang pun mngkin sama..huhu..cume semangat patriotik yang kuat ni je la kot wat hati nak balik Malaysia.huhu..ye ke?mau-mau aku yang menetap jadi warganegara sane..huhu
BalasPadamem,suke nak menyibuk kawasan komen orang lain:)
ya patriotik... tp ada masalah juga. saya pernah tgok dokumentari ttg Korea Utara (hrp orang lain pun ada tgok jugak), ttg sorang budak perempuan di sana, dgn cita2nya buat persembahan gimrama dpn presiden. Mmg patriotik sungguh, tp terlebih pulak. Kim Jong Il tu 'dipuja-puja' walaupun rakyatnya hidup terseksa. Pasal di peringkat sekolah budak2nya dilatih/dipaksa berdisiplin dan mengagungkan pemimpin. Bila dewasa dah ter'program' mcm tu. Bagusnya, rakyatnya mmg buat kerja fokus dan bersungguh-sungguh. Tapi yg kesiannya, dah mcm robot, lurus je... cane tu?
BalasPadambyk komen? ala, apa nak heran, saya lg byk bg komen kat blog orang lain hehehe