بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Rabu, 4 Februari 2009

Sampai masa kita buat acuan ilmu!

[ Nota: Pos berikut adalah sekadar perbincangan berunsur ilmiah untuk difikirkan bersama. Sebenarnya idea dan 'kesedaran' ini adalah hasil pendedahan terhadap pengembangan ilmu yang diperjuangkan oleh ASASI dalam membina acuan ilmu baru mengikut acuan ilmu Islam. ]

Sumber foto: http://www.history-science-technology.com/

Budaya menyambut/menerima ilmu

Kalau sebelum merdeka dulu, di Malaysia (Tanah Melayu), kita hanya menerima. Datanglah sesiapa pun, akan disambut dengan baik, kerana peradaban Melayu bersopan-santun. Bahkan budaya ini tidak membezakan tetamu, walaupun yang datang itu wakil Siam yang meminta/memaksa sultan membayar ufti pada kerajaan Siam! Kegemilangan kerajaan Srivijaya dan Majapahit menyebabkan tersebarnya budaya Hindu. Kedatangan pedagang-pedagang Arab di sambut dengan baik, dan memudahkan penerimaan dan penyebaran Islam di Tanah Melayu. Bahkan penjajah asing pun 'disambut' juga dan akhirnya kita dipaksa mengikut acuan ilmu mereka. Maka banyaklah budaya dan kepelbagaian ilmu yang diterima di Tanah Melayu.

Budaya mengikut ilmu

Kemudian selepas merdeka, kita belajar dari pegawai bangsa Inggeris yg sanggup tinggal untuk melatih pegawai-pegawai kerajaan yang terdiri dari kalangan orang tempatan. Kita terpaksa mengikut, kerana amalan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah British menyukarkan berlakunya rombakan yang drastik. Pemindahan ilmu (mengikut sistem British) berlaku, dan hasilnya kita boleh memerintah sendiri. Hasilnya juga, kita melahirkan generasi baru yang dibentuk dari budaya dan pemikiran penjajah.

Budaya meminta ilmu

Melalui dasar Pandang ke Timur, kita berinisiatif dengan membina acuan sendiri dengan mempelajari budaya asing (Asia Timur). Kita hantar pelajar belajar di Jepun dan Korea. Kita meminta syarikat asing untuk datang melabur dan menyediakan tenaga pakar di Malaysia, dan ramailah pelabur-pelabur dan tenaga pakar yang berpusu-pusu datang ke Malaysia. Hasilnya, banyaklah industri yang berkembang. Hasilnya juga, pemindahan ilmu yang dipelopori oleh negara-negara Asia timur berjaya dipelajari. Dalam pada itu, 'import' ilmu dari Asia Barat dan Dunia Barat juga terus berlaku dengan pesat.

Budaya menyebar ilmu

Apabila Malaysia sudah semakin maju, semakin banyak tenaga mahir diperlukan. Maka bidang pendidikan berkembang dengan pesat. Pusat-pusat pengajian tumbuh bagai cendawan. Kalau dahulu penuntut-penuntut universiti boleh dibilang dengan jari, kini kalau dikumpulkan semuanya boleh buat satu-dua negeri! Pada masa yang sama juga, datanglah pelajar-pelajar asing terutamanya dari kalangan negara miskin dan membangun, dan kita sebarkan pula kemahiran dan ilmu kita pada mereka.

Budaya melahirkan ilmu?

Malangnya apa yang kita sebarkan adalah ilmu yang kita pelajari dan terima dari bangsa asing, yang kita kembangkan dan sebarkan. Bagaimana pula dengan ilmu bangsa Malaysia? Adakah kita akan terus membangun dengan budaya dan ilmu asing? Maka sudah sampai kita bina acuan kita sendiri. Wawasan 2020 tidak dibina dengan matlamat membangunkan negara dengan acuan asing. Sebaliknya antara matlamat Wawasan 2020 ialah membangunkan negara Malaysia yang maju mengikut acuan Malaysia! (rujuk pos lepas). Wajarkah membina acuan negara Malaysia maju itu dengan acuan ilmu bangsa asing? Adakah memadai untuk dinamakan acuan Malaysia?

Apakah bentuk acuan ilmu? Acuan yang dibentuk mestilah berdasarkan pengkajian-pengkajian ilmu baru berasaskan formula kita sendiri. Kalau kita mengkaji formula/ilmu baru bersandarkan ilmu yang ada (asing) dan membina acuan ilmu dengannya, maka kita hanya mengembangkan ilmu mereka dan bukan ilmu kita. Maka kita masih dalam budaya menyebar ilmu! Sebaliknya dengan membina acuan ilmu yang tersendiri, kita boleh melahirkan lebih banyak ilmu yang mana ilmu itu dikembangkan dari acuan kita. Barulah dikatakan melahirkan tamadun, seperti mana Islam melahirkan tamadunnya mengikut acuan sendiri (walaupun berasaskan ilmu Yunani dan Rom, asas ilmu Islam mengikut prinsip Islam). Sekaligus bukan saja mampu menjayakan Wawasan 2020, malah membina satu tamadun ilmu yang bersandarkan pada asasnya yang unik dan ada identiti sendiri.

Pada saya, acuan ilmu yg terbaik tentunya mengikut acuan ilmu Islam kerana (1) Malaysia mahu jadi negara Islam dan (2) Tamadun Islam sudah terbukti gah satu masa dulu. ( Dan tentunya sebagai Muslim saya yakin ilmu Islam itu benar ;)


Rujukan:
  1. Mahathir Mohamad (?). Islam, Knowledge and Other Affairs. MPH Publishing.
  2. Jurnal Kesturi. Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI). URL= http://www.kesturi.net

p/s: Insya'Allah saya akan kemaskini blog setiap Rabu. Sempat la nak penuhi 'deadline' blog hehehe Juga ada pautan baru yg menarik

8 ulasan:

  1. Belajar sehingga ke Negeri Cina..
    Dari buaian hingga liang lahat.

    BalasPadam
  2. kita masih ketinggalan dalam budaya melahirkan ilmu kerana tiada inisiatif untuk melahirkan pengeluar ilmu. Ilmu tidak akan lahir tanpa pengeluar ilmu itu...

    Maksud saya, siapakah dan manakah individu-individu yang berkelayakan sebagai pengeluar ilmu itu. Jika anda, kemungkinan program pembangunan tidak dilakukan terhadap kelompok2 ini menyebabkan kebolehan mereka sebagai pengeluar ilmu telah dibantutkan.

    Alangkah menyedihkan, kita berazam untuk bangkit sebagai negara melahirkan ilmu tetapi banyak ilmu-ilmu songsang dan pengaruh negatif barat diterima masuk ke negara kita. Budaya mereka mengalahkan budaya kita. Kita mengalah dan kita kalah sehingga hari ini.

    Ilmu itu cahaya. Masakan ilmu islam yang murni dan suci itu boleh hinggap di hati-hati generasi kita, jika kita sendiri dalam 'kegelapan'.

    pada saya..

    1) buang yang keruh dahulu.
    2) kemudian lahirkan yang jernih.
    3) perbaiki budaya kerja kita
    4) taatilah Allah dan Rasul

    Wawasan 2020 tidak akan dicapai dengan kejayaan yang boleh diiktiraf Islam jika wawasan Al-Quran tidak diikuti sepenuhnya..

    waallahu 'alam

    BalasPadam
  3. civic_power: kalau dapat, belajar dan mengajar. Barulah jd 'pelaburan berganda'! :)

    ustazah-engineer:ya, slma ni kita melahirkan pengamal, bukan pengeluar. Yg bagusnya, kalau pengeluar itu ada inisiatif sendiri :)
    apa yg ketara, salah 1 kekuatan Islam dlm melahirkan tamadun, ialah mendidik ttg tanggungjawab individu pd Tuhan (selain pd insan), sekaligus mendorong inisiatif. betul tak?
    Kenapa kita tak manipulasi kekuatan ini? ya, saya setuju bhw masalahnya mmg pd iman yg lemah ;)

    BalasPadam
  4. Kalau mahu membentuk budaya melahirkan ilmu, haruslah dari akar umbinya..
    tapi apa yang saya lihat, kita cenderung menerima dan memberi ilmu..

    BalasPadam
  5. yang ku komen,terhilang agaknyer..huhu..
    mungkin sudah agak lambat untuk melakukannya bila kita sndiri sudah lama menerima ilmu mereka.Asalnya ilmu dari para ilmuwan islam tetapi diperkenalkan masyhur oleh orang putih mmebuatkan nama dan semangat islam hilang.
    Masih boleh bermula pastinya dengan usaha sungguh2 dan bersama menyokong.
    ilmu yang diselaraskan dengan islam adalah lebih seronok dipelajari bila, unsur ketuhanan diselitkan.Kita akan terus mengingatiNYA..

    BalasPadam
  6. ainunl: dulu bila sebut budaya, saya dok fikir orang menari zapin je huhuhu... hakikatnya budaya tu kebiasaan. Kalau dah jadi kebiasaan menerima, ni la jadinya. apapun kita tidak pernah terlambat utk berubah. dan masanya pun dah sampai ... ;)

    quote Tun M paling suka sisipkan dalam teks ucapannya bila menyentuh umat Islam (maksud ayat al-quran): 'Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri berusaha mengubahnya'

    fahana_ann: seingat saya saya tak pernah padam mana2 komen lagi (maaf le kalau ada)... bukan setakat menyelitkan unsur ketuhanan, tapi asas ilmu itu dibina atas matlamat ketuhanan. jd kalau 'cilok' (pintas) mana2 pun akan kembali pd tuhan juga insya'allah ilmu barat mencari rahsia asal kewujudan alam. Ilmu Islam mencari hakikat kebesaran Tuhan, tp kita tak hayati. sebaliknya kita ikut Barat. Sayang betul...

    BalasPadam
  7. betul,betul..
    jarangnya dapat berbincang pasal sesuatu yang berkaitan ilmu.Em,kat sini ada ruangannya..terima kasih..
    kalau kita pandang setiap kejadian tu memang ada hikmah ciptaan yang sangat besar.daripada duk berangan walaupun memang confirm dah duduk menunggu masuk kelas ke?tunggu member discussion ke mesti trmenung tapi bila melihat sesuatu di depan mata dan related dengan kehidupan,Tuhan dan pengajaran.Kita akan belajar daripadanya..

    BalasPadam
  8. saya pun masih belajar dan ingin memperbaiki diri sendiri. sama2lah ya! insya'allah

    BalasPadam