بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Rabu, 11 Februari 2009

Sisipan - Sayembara Fiksyen S&T

sumber: Utusan Malaysia Online

Sayembara Fiksyen Sains, Teknologi

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi yang dilancarkan hari ini menjadi medium terulung bagi menggalakkan pemikiran saintifik, kreatif dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia.

Pertandingan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia itu menawarkan hadiah wang tunai RM30,000.

Pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai RM15,000 manakala kedua RM7,500, ketiga RM5,000 serta lima pemenang sagu hati masing-masing menerima RM500 di samping setiap pemenang membawa pulang watikah dan trofi.

Sempena penganjuran sayembara itu, sejumlah enam bengkel bersiri penulisan fiksyen sains dan teknologi akan diadakan seluruh negara.

Siri pertama telah diadakan pada 31 Januari lalu di Johor Bahru diikuti Kuala Lumpur (7 Februari) sebelum dianjurkan di Kota Kinabalu pada 28 Februari ini, diikuti Kota Bharu (7 Mac), Alor Setar (14 Mac) dan berakhir di Kuching (21 Mac).

Pelancaran sayembara yang julung-julung kali memfokuskan fiksyen sains dan teknologi itu disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin di sini petang ini.

Pada majlis itu, Zaini dan Mohamed Hashim menandatangani memorandum persefahaman mewakili UTM dan Kumpulan Utusan bagi penganjuran sayembara itu.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Aziz Ishak; dan Timbalan Naib Canselor UTM, Profesor Dr. Marzuki Khalid.

Mereka yang berminat menghantar novel untuk menyertai sayembara itu boleh mengisi borang penyertaan yang boleh didapatkan daripada pihak sekretariat di Penerbit UTM Press di UTM, Skudai, Johor atau dimuat turun dari laman web www.penerbit.utm.my atau www.mybooks.com.my.

Tarikh tutup penyertaan bagi sayembara itu ialah pada 31 Ogos ini manakala penyampaian hadiah-hadiah dijangka diadakan pada penghujung tahun ini.

Dalam ucapannya, Zaini berkata, sayembara itu merupakan inisiatif UTM dan Kumpulan Utusan ke arah melahirkan modal insan kreatif yang berorientasikan pemikiran sains dan teknologi.

Menurutnya, bengkel-bengkel penulisan fiksyen sains dan teknologi itu pula bertujuan mendapatkan karya benar-benar bermutu dan memenuhi genre fiksyen sains dan teknologi untuk menyertai sayembara berkenaan.

“Tamadun yang maju di seluruh dunia dipengaruhi penguasaan ilmu yang tinggi dan dibina menerusi budaya membaca, mencipta, menulis dan menerbitkan buku yang hebat.

“Saya percaya manuskrip untuk Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi ini tidak hanya bercerita dan menampilkan kecanggihan teknologi malah kita harap ia menggarap dan mengadunkan aspek nilai dan ideologi secara mantap serta memiliki impak positif,” katanya.

Zaini berkata, penyertaan sayembara itu terbuka kepada individu atau berkumpulan tetapi sesebuah kumpulan tidak boleh melebihi tiga ahli.

“Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya. Tiada had penyertaan sama ada bagi peserta individu atau berkumpulan,” ujar beliau.

Mohd. Nasir dalam ucapannya pula berkata, jalinan kerjasama Kumpulan Utusan dan UTM itu bertujuan meningkatkan martabat bidang penulisan tanah air.

“Ini akan memperkayakan lagi khazanah karya-karya tempatan selain memberi ruang lebih luas kepada para penulis untuk mengetengahkan hasil mereka dalam bentuk lebih kreatif,” ujarnya.

Tambahnya, semua karya pemenang sayembara itu akan diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menyertai sayembara atau bengkel-bengkel yang diadakan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 07-5218166

p/s: bolehlah mula berkarya dan berfantasi!

3 ulasan:

  1. minat menulis dan hadiah yg ni lumayan banget untuk aku rasenyer.tapi untuk menulis fiksyen sains,tak kot.Tak berape brminat dgn fiksyen sains tapi sgt kagum dgn mrka yg mampu tulis.Aku tak leh nak imagine macam tu.huhu.tapi, ia satu langkah baik nak kembangkan minat msyarakat trhadap sains dlm apa jua cara.mmbuktikan juga tak semestinya org sains tak leh jadi org sastera dan sbaliknya>_<

    BalasPadam
  2. selalunya orang yg tak pandai berimaginasi ni lebih praktikal dan kritikal. betul ke? hehehe

    BalasPadam
  3. em,kalau ikutkan pandangan dan kajian pakar memang macam tu tapi untuk saya..saya ada dua-dua cume imaginasi yang bukan sains le..sastera je kot..huhu..kalau sains tu imaginsai jadi merepek langsung..huhu
    kadang2 memang akan jadi sangat kritikal dan praktikal kadang2 tak jugak..hehe

    BalasPadam