بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Selasa, 7 April 2009

Sisipan - Hormati ulama dan mufti

Sebagai selingan, buat semua warga penyelidik dan yang berminat dengan penyelidikan.

Sekali lagi komiten dan keperihatinan ulama dan mufti dlm mempertahankan kemuliaan Islam tercabar, gara-gara tindak-tanduk segelintir ahli politik yg menggunakan ayat Al-Quran sebagai bahan kempen. Isu ini bukan sahaja memperlihatkan keperihatinan mufti dan ulama terhadap isu-isu semasa yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia. Malah ia juga memperlihatkan sejauh mana keupayaan, kepakaran dan kebijaksanaan para mufti utk berhadapan dengan situasi, sekaligus menanganinya.

Namun begitu, tindakan dan kenyataan mufti-mufti (yang dimuliakan lagi disayangi) mengeluarkan kenyataan dan teguran terhadap isu terbabit bukan sahaja diperkecilkan, malah kewibawaan mereka sebagai mufti turut dipertikaikan, gara-gara didorong perbezaan fahaman politik dan sebagainya. Lebih malang yang menghina itu dari kalangan umat Islam sendiri yang sepatutnya memuliakan mereka.

Justeru saya menyeru semua warga penyelidikan dan rakyat Malaysia, hormati dan sayangi ulama dan mufti. Biarpun mungkin kita tidak bersetuju dgn pandangan mereka, itu bukan alasan untuk memperlekeh kewibawaan mereka, tidak kiralah apa fahaman politik kita. Gunakanlah ilmu yg kita ada untuk mengukuhkan iman, persaudaraan dan memantapkan kehidupan. Bukan untuk menghina dan merendahkan orang lain, apatah lagi mufti yang patut dimuliakan.

Gambar: SS Datuk Seri Ustaz Harussani Zakaria
Sumber foto

4 ulasan:

  1. kawanku prnah katakan cita2nya untk jadi mufti..moga tercapai dan terbela agama..

    BalasPadam
  2. untuk yg wudhu':memang terse senang bile dah brwudhu'..banyak terkesan bagi kerohanian..secara tak langsung, ada trkesan pada fizikal dr sudut sains.trutama bila hati rasa sangat marah dan sedih, lepas wudhu', rasa sangat lega..

    BalasPadam
  3. betul atau salah?:
    memang dalam ape keadaan kita akan brtindak ikut yang dua pilihan..brfikir secara logik memang bukan untuk semua keadaan..letih gak mengadap org brfikir logik ni..huhu..susahnya kalau mereka tak nak cuba untuk memahami dari sudut yang lain..

    BalasPadam
  4. wah, 3 batu sekali baling ya! :)

    BalasPadam