Dalam banyak-banyak buku dan artikel berkenaan motivasi yang saya baca (banyak mana? entahlah, banyak la kot), saya jarang jumpa contoh-contoh peribadi Muslim dijadikan sumber motivasi. Yang ada kisah Abraham Lincoln, John D. Rockefeller, dan entah siapa-siapa lagi yang saya tak mahu kenal. Kenapa agaknya? Tak tahulah kalau rujukan saya itu kebetulan bukan ditulis oleh orang Islam. Ada sesetengahnya diterjemah dari karya Barat, dan ada pula sedutan-sedutan dari karya barat walaupun penulisnya orang Islam. Betullah kita kena bersikap terbuka. Tapi kalau dah sampai melupakan kehebatan dan ketokohan tamadun Islam, susahlah.
Kisah Nabi dan para sahabat selalunya kita boleh jumpa dalam petikan-petikan sejarah, kisah-kisah hidup para nabi, rasul dan sahabat dan lain-lain. Dan banyak juga tercatat dalam buku rujukan tentang hukum Fiqh dan sebagainya (rujukan agama). Tapi kenapa tidak diselitkan dalam buku motivasi? Adakah kisah mereka tak relevan untuk dijadikan contoh motivasi masa kini?
Bagaimana contoh 'Zaid bin Harisah dilantik sebagai panglima perang ketika berumur 15 tahun'? Bagaimana kisah semangat para pahlawan Islam yang hanya berjumlah beratus orang menentang tentera Musyrikin yang jumlahnya ribuan orang ketika era Islam sedang berkembang di Madinah? Bagaimana kisah Jaafar bin Abi Talib berusaha menjulang panji tentera Islam walaupun hilang anggota badannya? Apakah Dr Hamka tidak pernah berjuang bersungguh-sungguh sepanjang hidupnya? Bagaimana pula ketokohan Syed Syeikh Tahir Jalaluddin berjuang dalam era sebelum merdeka?
Bukankah ini contoh motivasi yang baik? Hmmm... nampaknya perlu kajian semula terhadap penggunaan contoh-contoh dalam buku-buku motivasi yg ada sekarang. Mungkin perlu diadakan wacana di kalangan penulis khususnya penulis buku dan modul motivasi betapa perlunya mengkaji ketokohan dan biografi tokoh-tokoh tamadun Islam dan tempatan ...
kemaskini [30/01/09]
Waktu saya ke kedai buku hari ini, saya terjumpa 2 buah buku motivasi yang menyenaraikan cerita-cerita (peristiwa) zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, dalam bentuk senarai/koleksi cerita. Saya tidak beli. Alasan saya, sebab ceritanya termasuk peristiwa Nabi s.a.w. dengan isteri, antara baginda dengan para sahabat, yang tidak dinyatakan rujukan. (Apabila menyentuh keperibadian Nabi, saya rasa wajar ditekankan supaya menyertakan sumber rujukannya, sebab sunnah akan jadi ikutan.) Tapi kalau setakat nak jadi 'pembakar semangat' boleh juga dibeli. Walau bagaimanapun saya beli buku 'Pemikiran Hamka' terbitan DBP dulu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
al-quran sungguh memotivasikan. Bible membuat saya tidur... saya rasa sejak dari kecil sistem pendidikan negara sendiri yang tidak mengangkat tokoh islam... sekular.. einstein disanjung lebih..tapi orang puteh jugak yang meletakkan nabi muhammad saw sebagai orang berpengaruh nombor 1! walaupun banyak orang menentangnya tapi dia kata semua kriteria ada pada rasul kita (saw)...
BalasPadam:)
BalasPadamselalu baca buku2 motivasi ni memang tak banyak jumpa tokoh islam dalam buku mereka..lastly,tokoh islam tertinggal walhal mereka yang dulunya yang lebih hebat dan dekat untuk dijadikan contoh rmaja muslim trutamnya..
BalasPadamcadangan yang baik..mungkin lelucon boleh sertai sekali:)
kena beritahu hj fadzli yusof. Takpun Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah, Prof Emr. Dr Abdullah Hassan, Pn Ainon Mohd, Ust. Hasrizal & byk lagi ahli motivasi/penulis yg lain... :)
BalasPadamsetuju tu..sepatotnya islam itu yang patot kite sanjung..ni la sbbnya anak2 muda zaman skrang dah kurang kenal dengan tokoh2 dan ilmuan islam terdahulu..
BalasPadamp/s:tompang menyampuk.=p
ya... slmt mengomen :)
BalasPadamp/s:menyampuk takpe. jgn tersampuk plak
saya setuju...
BalasPadamsaya juga minat membaca buku motivasi. seperti yg anda bicarakan di entri, saya juga tidak temui tokoh2 islam digarap dalam penulisan motivasi.
ada itu ada..tapi sungguh jarang ditemui...
sblm ni saya pernah meneliti beberapa paper work di dlm seminar pemikiran hasan al-banna. amat berkesan jika seminar itu dilanjutkan kpd tokoh2 islam yg lain pula.
rasanya, skrg ni ada syarikat penerbitan yg sudah mula mengetengahkan penulisan motivasi beberapa tokoh2 dan pejuang islam. tapi saya kira buku2 sebegitu masih belum menarik minat pembaca. kemungkinan penulisan tersebut masih belum dapat menandingi penulisan motivasi barat..
strategi awal kita, lahirkan penulis motivasi islam setanding penulis motivasi barat seperti edward de bono dll
betul.. mungkin faktor 'keuntungan' (takut orang bukan Islam tak beli), dan kurang bahan rujukan kpd penulis, jd faktor isu ini berlaku.
BalasPadamPenulis tempatan byk yg bagus (pd saya). Senarai penulis yg saya nyatakan di atas bagus2 belaka. Tp mungkin ada faktor lain juga, spt latar belakang pembacaan/pendidikan penulis, kegemarannya, pengaruh editor/penerbit dsb.
terima kasih ustazah-engineer krn sudi mengomen. Lepas ni kena buat klinik penulis bahan motivasilah pulak hehehe :)
mgkin rujukan kurang dijumpai akibat kurang di publish oleh org islam sndiri..
BalasPadammereka [bukn islam] akan ttp b'bgga dgn bangsa2 mrk. spatutnya kita juga b'bangga dgn bangsa Islam sndiri..
ya... Saya baru perasan, cuba belek kat kedai buku/perpustakaan, buku2 dari India dah makin banyak. Macammana buku2 dan penulis India ke peringkat antarabangsa? kena belajar tu :)
BalasPadamsaya jarang beli buku motivasi kerana kadang2 mereka guna teori ABC je.
BalasPadamsaya rasa motivasi terbaik adalah dari dalam diri.
atau pun membaca karya-karya hebat membuatkan kita berfikir dan memotivasikan diri.
sebab apa yang orang kata mungkin tidak serasi dgn kita..
Salam Singgah,
BalasPadamBagus entri nie. Memang tidak dinafikan kehebatan "bani Isrel" tapi tidaklah sehebat dan semulia tokoh2 islam itu sendiri.
Sape kate Cristoper Columbus org pertama mengelilingi dunia? Islam sudah tersebar di seluruh dunia sebelum dia naik kapal lagi..
CIVIC: ya. sbnrnya saya baru tahu psl Columbus bukan org pertama keliling dunia... terima kasih sudi singgah :)
BalasPadamainunl:jgn, ainunl. dulu saya rasa mcm tu jugk. Tp klu kita imbas lumrah (nature), kdg2 benda remeh pun perlu motivasi. Saya dgr Dato Fadhilah Kamsah cerita pengalaman dia, 'orang tanya saya, dia sedih sgt sbb kucingnya mati. Apa nak buat?', jd Dato' pun bg nasihat la 'cari kucing baru', hahaha. Ada ke mcm tu pun nak tanya! Jgn sangka semua org kuat semangat hehehe kdg2 benda remeh pd kita blh jd masalah besar pd orang... wallahua'lam