بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Khamis, 9 Oktober 2008

Ciri-ciri penyelidikan

Apakah ciri-ciri yg perlu ada bagi kerja penyelidikan? Secara tak rasminya, sekarang ni pun kita boleh mula buat kerja penyelidikan. Kita boleh mula bila-bila, di mana-mana, gunakan apa saja. Penyelidikan ialah mengkaji sesuatu untuk mendapatkan pengetahuan atau ilmu baru. Ini definisi aku la.

Sebab bila kita mengkaji (menyelidik), maknanya kita nak tahu sesuatu. Tak kira la nak tahu penyelesaian masalah ke, buat kesimpulan ke, atau saja suka-suka. Jadi hasilnya adalah kita dapat tahu apa yang kita nak tahu. Jadi penyelidikan adalah satu bentuk proses belajar, dan belajar adalah satu proses penyelidikan. Kita belajar sesuatu dengan menyelidik. Sebenarnya nak melakukan penyelidikan tak susah. Jika kita faham, dan ada minat, kita boleh buat.

Tu penyelidikan secara umum. Tapi secara formal, penyelidikan bukanlah setakat nak tahu saja. Kita kena ada asas, kajian latar belakang bidang yang kita selidik, kaedah yang akan digunakan, hasil, dan kesimpulan. Kesimpulan ini akan menjadi ilmu baru pada kita.
  1. Asas penyelidikan :

    kita bermula dengan satu persoalan atau hipotesis. Apa yang kita nak tahu? Mungkin kita tahu pasal lori, lori boleh membawa muatan, tapi adakah lori boleh bawa muatan macam kapal terbang? Berapa berat maksimum muatan yg boleh dibawa? Jika sama muatan, berapakah beratnya? Mungkin orang dan korang sendiri belum tahu. Jadi kita boleh mulakan penyelidikan. Dalam bidang penyelidikan, sebaiknya bidang yang kita kaji itu boleh memberi manfaat kepada orang lain. Bukan setakat kita minat saja. Tapi kalau kita sorang minat pun takpe. Mungkin ilmu yang akan kita perolehi tu bermanfaat, cuma orang lain belum sedar kepentingannya. Mungkin hasil penyelidikan kita nanti akan dapat membantu orang lain memahami kepentingan penyelidikan/ilmu yang kita kaji tu.

  2. Kajian latar belakang :

    ini boleh jadi satu petunjuk untuk kenalpasti sama ada bidang yang kita kaji tu bermanfaat atau tidak. Petunjuk yang boleh kita dapati, kalau ada orang yang pernah buat penyelidikan ni, maka kita boleh agak ianya bermanfaat, dan diperlukan oleh orang lain. Selain tu, kajian latar belakang adalah untuk mengkaji dan kenalpasti maklumat berkaitan penyelidikan yang akan kita jalankan. Misalnya, (1) siapa yang pernah buat, (2) apa yg pernah dibuat, (3) bagaimana cara utk membuat penyelidikan, (4) apakah kesimpulan yang pernah dibuat, (5) apakah kesilapan yang pernah berlaku, (6) apakah sumber penyelidikan yang boleh kita gunakan dan sebagainya. Kajian latar belakang dapat membantu penyelidikan kita, kerana ianya bertindak sebagai petunjuk kepada orang lain yg penyelidikan kita berasas dan boleh diterima oleh orang lain.

  3. Kaedah yang digunakan :

    bila kita buat penyelidikan, kita bukan main buat saja. Kita kena kenalpasti jika ada kaedah-kaedah tertentu yang telah digunakan sebelum ini untuk melakukan penyelidikan yang sama macam yg kita nak buat. Jika ada, kita kena ikut supaya hasil penyelidikan kita lebih mudah diterima dan tidak dipersoalkan. Kita boleh dapat maklumat ini semasa kajian latar belakang.

    Jika tiada kaedah yg digunapakai, kita boleh cipta kaedah sendiri, dan kenalpasti alasan-alasan kenapa kita cipta kaedah sedemikian. Kemudian kaedah perlu direkodkan supaya boleh disemak dan boleh dirujuk sekiranya perlu mengulangi eksperimen atau kerja penyelidikan. Ini memudahkan kita, apatah lagi jika kaedah tersebut adalah kaedah baru. Hasil yang diterima belum tentu tepat atau mantap, dan jika ini berlaku, kita kena ulang eksperimen. Jadi kita boleh rujuk semula kaedah yang direkodkan.

    Kaedah eksperimen akan jadi lebih mudah jika terdapat peralatan dan kelengkapan penyelidikan yang boleh kita gunakan. Misalnya nak buat eksperimen kimia, perlu ada radas (perkakas) dan bahan yang perlu digunakan. Jika tiada, kita perlu dapatkan atau hasilkan (jika boleh). Dalam penyelidikan kita mungkin perlukan perisian untuk jalankan ujian dan eksperimen. Kita boleh kenalpasti semua ni dari kajian latar belakang, dan kita boleh dapatkan sebelum memulakan penyelidikan.

    Semasa menjalankan eksperimen, kita kena ikut sebijik dengan kaedah yang kita dah kenalpasti. Sebabnya, (1) untuk mendapatkan hasil yang tepat, (2) untuk memudahkan data keputusan disemak, (3) mengelakkan orang lain mempersoalkan keputusan yang diperolehi sekiranya bercanggah dari kebiasaan, dan (4) memudahkan kita membuat eksperimen kerana kaedah sudah jelas dan mudah mengesan kesilapan pada keputusan eksperimen.

  4. Hasil penyelidikan :

    keputusan dan hasil yang diperolehi daripada eksperimen yang dijalankan. Semua data perlu dicatat dan direkodkan supaya mudah dianalisis. Data perlu disemak untuk memastikan tiada kesilapan, terutamanya yang melibatkan nilai cth. ukuran jarak, sukatan bahan, kuantiti dsb. Ada (buku) yang kata sekurang-kurangnya kena semak 2x. Data boleh dianalisis secara manual atau menggunakan peralatan terutamanya perisian komputer. Bagi yang melibatkan statistik boleh gunakan SPSS atau spreadsheet seperti MS Excell. Kalau berlaku kesilapan pada data, selain menyemak data-data yang berkaitan, semak juga kaedah yang menghasilkan data tersebut. Kaedah eksperimen mungkin silap semasa dilakukan atau direkabentuk. Tetapi jika kaedah yang digunakan standard, maka hanya perlu semak pelaksanaan eksperimen dan data saja.

  5. Kesimpulan :

    Setiap penyelidikan akan berakhir dengan kesimpulan. Tidak semua penyelidikan berakhir dengan kejayaan. Adakala penyelidikan yang kita buat berakhir dengan kegagalan. Sebabnya banyak. Tapi jika kita boleh jelaskan kenapa kegagalan berlaku, ianya tetap satu hasil penyelidikan juga. Kesilapan ini akan jadi panduan pada orang lain dan kita sendiri untuk penyelidikan seterusnya.

    Tapi penyelidikan yang berakhir dengan kejayaan adalah lebih baik. Kejayaan akan menghasilkan satu ilmu baru yang boleh dimanfaatkan dan menyumbang kepada Body-Of -Knowledge. Orang lain dan kita sendiri akan menggunakan hasil penyelidikan kita untuk penyelidikan yang seterusnya, atau diguna dan dimanfaatkan untuk kehidupan.
Jadi, sedikit sebanyak aku dah senaraikan sedikit ciri-ciri penyelidikan yang formal. Kita tak perlu risau atau segan utk buat penyelidikan. Tak semestinya setiap penyelidikan kena hasilkan satu ilmu baru. Mungkin penyelidikan kita pernah dibuat oleh orang lain (dan mungkin lebih baik), tapi paling tidak, hasil penyelidikan itu akan membantu kita memahirkan diri, dan juga memberi pemahaman lebih mendalam pada bidang penyelidikan yang kita minat.

Semoga berjaya!

1 ulasan:

  1. time kasih sesangat!!!!! terlaallluu pentign sangat mende nie.. cari kat meratw rate tmpat kowt.. naseb baek jumpe blog nie eventhough bahase x formal tp, bgune gle!!!

    BalasPadam