بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Jumaat, 10 Oktober 2008

Pemikiran Kritikal dan Penyelidikan (Bhgn 1)

Ada orang cakap, penyelidik perlu guna pemikiran kritikal. Betul ke? Kenapa tak boleh guna 'lateral thinking' (Ed. De Bono)? Kenapa tak guna pemikiran lateral tu aku tak tau la. Tapi pemikiran kritikal memang penting bila kita nak menyelidik. Tapi kena tahu la apa sebenarnya pemikiran kritikal. (bukan kritikal nak mati, tu lain.) . Banyak nak dibincangkan. Aku pun baru belajar lebih pasal ni. So kita sama-sama belajar la. Sekarang ni aku nak berhujah kenapa perlu pemikiran kritikal.

Pemikiran kritikal berkaitan dengan keperluan berhujah (arguing). Hujah atau argumen merujuk kepada satu set pernyataan-pernyataan deklaratif (proposisi) yang mana 1 merujuk kepada kesimpulan dan selebihnya adalah premis.

Antara terma/istilah berkaitan yang penting adalah:
  1. Proposisi (proposition) adalah kandungan berfakta yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan deklaratif pada satu-satu masa.

  2. Kesimpulan adalah pernyataan tentang sesuatu perkara yang kita ingin orang terima/setuju. Misalnya, 'kereta itu bulat', 'saya pandai bercakap' dan sebagainya.

  3. Premis adalah dakwaan (claim) yang menyokong supaya orang menerima kesimpulan yang kita buat.

  4. Retorik - lawan kepada hujah. Sebabnya retorik hanya ada kesimpulan, tetapi kesimpulan itu cuba disebarkan dengan gaya bahasa dan lenggok percakapan tanpa mengemukakan premis.
Model 'standard form' adalah satu bentuk standard kita menyusun premis(-premis) dan kesimpulan. Kesimpulan diletakkan di bawah bar inferens (inference bar), dan ditandakan dengan C. Tujuan model ini ialah utk membantu kita menyenaraikan semua premis yang terlibat, dan disusun bagi membolehkan kita menelusuri setiap premis dan akhirnya membawa kepada kesimpulan. Bentuk standard adalah seperti berikut:

  • P1) Meja itu berbentuk segiempat
  • P2) Bentuk segiempat ada 4 bucu
    -----------------------------------
  • C) Meja itu ada 4 bucu

Bila dah disusun dalam bentuk di atas, senang kita nak cek satu persatu semua premis dan melihat kaitannya antara satu sama lain dan kaitkan dengan kesimpulan yang dibuat.

Jadi kenapa perlu berhujah? Apa kaitannya dengan penyelidikan? Asasnya tujuan hujah adalah utk mempengaruhi (persuade) orang lain utk menerima pendapat kita. Misalnya, korang ada pendapat X. Macam mana korang nak buat supaya orang lain boleh terima pendapat X tu. Jadi korang kena berhujah. Selain tu kemahiran pemikiran kritikal membolehkan korang (1) menilai jika ada orang lain nak berhujah dengan korang, dan (2) kenalpasti hujah-hujah orang lain.

Bidang penyelidikan menghasilkan teori, pendapat dan ilmu-ilmu baru. Kalau korang jumpa 1 benda baru, orang belum tahu, belum kenal dan belum tentu boleh terima. Kalau korang tak berhujah, orang takkan terima benda/ilmu yang korang jumpa tu, melainkan orang itu sendiri berfikiran kritikal. Jadi dalam penyelidikan kita memang kena ada kemahiran ni.

Apa yg aku tulis ni pun satu hujah juga. Kalau disusun dalam bentuk standard, adalah seperti berikut (4 premis, 1 kesimpulan):

  • P1) Penyelidikan menghasilkan benda/ilmu baru.
  • P2) Ilmu penyelidikan perlu diterima dan diakui oleh orang lain.
  • p3) Orang lain susah terima ilmu baru kalau tiada hujah/alasan kukuh untuk menerimanya.
  • P4) Pemikiran kritikal membantu kita menjelaskan (berhujah) dan menyediakan alasan kukuh.
    -----------------------------------------------------------
  • C) Pemikiran kritikal penting supaya hasil penyelidikan diterima oleh orang ramai.

Like i said, aku pun tengah belajar. Jadi setakat inilah dulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan