بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Rabu, 28 Januari 2009

Akademi Sains Islam Malaysia


Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) adalah sebuah persatuan (dulunya elit) yang ditubuhkan sejak tahun 1977. Matlamatnya secara umum adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penyelidik dan saintis untuk memperkembangkan bidang sains dari perspektif keilmuan Islam. ASASI juga memperjuangkan pengembangan ilmu dari aspek kebudayaan Melayu, namun yang ditekankan adalah pengembangan ilmu dari perspektif Islam. Para penyelidik khususnya generasi saintis muda diseru membantu usaha ASASI, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Peranan yang boleh dimainkan sebagai saintis:
  • menganggotai ASASI dan memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan (kelayakan minimum ijazah)
  • memperkembangkan bidang keilmuan Islam (dan warisan keilmuan Melayu)
  • menyumbangkan hasil kajian untuk diterbitkan di Jurnal Kesturi
  • memperluaskan usaha ASASI melalui penyebaran maklumat, latihan dan galakan di kalangan para saintis untuk sama-sama membantu
Lagi tentang ASASI di sini.

5 ulasan:

  1. kenapa mesti adik? fahana_ann tak minat ke? Tp kalau tak minat penyelidikan mmg di luar konteks la :)

    BalasPadam
  2. first time dengar pasal ASASI ni..thanks! tapi masih belum layak lagi lar..hahaha..

    matlamat:
    memperkembangkan bidang sains dari perspektif keilmuan Islam

    kalau kaji makanan boleh masuk ke?

    BalasPadam
  3. apa-apa bidang pun boleh, asalkan memperkembangkan keilmuan islam. Dulu sains saja, lepas tu dimasukkan sains sosial (katanya)

    BalasPadam
  4. adik pandai sikit sains2 ni..saya cuma berminat tapi nak pergi jauh..em,sokong je lah..hehehe..sama macam bazla' la..

    BalasPadam