بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Rabu, 14 Januari 2009

Kempen Menghargai Ilmu

Mungkin kita sudah biasa dengar tentang Kempen Membaca. 'Membaca jambatan ilmu', salah satu slogan yang kerap saya dengar ketika sekolah rendah. Waktu itu juga kalau tak silap, dilancarkan Kempen Membaca. Pelbagai program dan aktiviti dijalankan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan dalam membudayakan sikap membaca di kalangan masyarakat, khususnya pelajar sekolah.

Antara yang saya ingat adalah aktiviti yang dinamakan 'Pertandingan Membaca', di mana setiap pelajar diminta menyediakan sebuah buku log. Kami dikehendaki membaca seberapa banyak buku, dan perlu menulis sinopsis bagi setiap buku yang dibaca ke dalam buku log tersebut. Pelajar yang paling banyak menulis sinopsis buku (bermakna paling banyak membaca!) akan dipilih sebagai pemenang dan diberi hadiah. Saya cuba jadi pemenang, tapi tak pernah berjaya. Tapi daripada pertandingan itu, saya kenal perpustakaan dan 'jatuh hati' dengannya. Sedikit sebanyak kempen tersebut memberi kesan pada saya, dan kesannya sampai sekarang saya 'cinta' pada buku (alhamdulillah), dan saya suka menyusun buku hehehe.

Tidak dapat dinafikan, ramai generasi 'celik huruf' di Malaysia telah berjaya diasuh dan dibudayakan dengan sikap membaca. Ini boleh dilihat dengan bertambahnya bahan-bahan bacaan terutama majalah-majalah - hiburan, sukan, permotoran, teknologi, komik, fesyen dsb - dan pelbagai jenis akhbar termasuk tabloid di kedai-kedai. Kalau tiada sambutan, masakan ingin dijual? Dan kebanyakan bahan bacaan ini lazimnya menjadi tumpuan golongan umum, hatta peminta sedekah pun ingin meninjau tajuk akhbar yang dipamerkan! Ini belum mengambilkira perkembangan dan pertambahan penerbit-penerbit buku di Malaysia, yang menerbitkan pelbagai jenis bahan bacaan lain - jurnal akademik, novel, sisipan akhbar cth esti.dot.my, buku-buku teks dsb.

Selain bahan bercetak yang umum, saya percaya perkembangan teknologi media massa dan penyiaran telah berjaya memperluas dan meningkatkan lagi minat membaca di kalangan masyarakat. Siaran televisyen dan radio (utk kempen), papan-papan tanda/iklan, laman-laman web internet dan pelbagai bahan bercetak seperti katalog, brochure termasuk kad jemputan kahwin - kini mampu menjadi pemangkin kepada pembudayaan membaca. Kad jemputan?! Kenapa tidak? Dewasa ini kad jemputan kahwin pun dah semakin canggih dan menarik. Ada juga dimuatkan kata-kata pujangga, dan maksud ayat Al-Quran dan hadis. Ada satu ketika saya dan ahli keluarga bersembang memperkatakan tentang keunikan kad jemputan kahwin yang baru diterima, dan masing-masing sibuk bergilir ingin membacanya. Dan kebelakangan ini, umum sering memperkatakan tentang papan tanda, dan selain sekadar mengetahui nama tempat dsb, masing-masing sibuk membaca papan tanda untuk mencari isu dan kesalahan (ejaan, bahasa dsb). Kan membaca!

Manakala di internet, selain laman web, antara yang terkini adalah blog (saya kata terkini kerana saya baru tahu memanfaatkannya! alahai...). Blog menarik minat pelbagai golongan yang melayari internet kerana selain menyediakan bahan bacaan dan pelbagai media lain, blog juga menjadi wahana untuk masyarakat berwacana, melahirkan pendapat, ekspresi, kritikan dan lain-lain. Dahulu ini hanya boleh dilakukan dengan 'surat pembaca' di majalah atau akhbar. Tetapi sekarang, semudah menulis diari, mudah sekali dikemaskini! Yang paling bagusnya, dengan adanya kandungan-kandungan menarik di blog-blog tertentu menarik ramai golongan masyarakat untuk membaca. Ini sangat bagus, kerana ia adalah salah satu mekanisma dalam kempen membaca. Hatta Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini (beberapa bulan lepas) secara umum mengakui betapa blog merupakan salah satu media yang berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat (rakyat).

Cuma, adakah perkembangan ini menunjukkan bahawa kualiti pembacaan dan budaya ilmu di kalangan masyarakat juga telah berkembang? Sejauh manakah kita berjaya mendidik generasi muda terhadap kepentingan ilmu? Dan sejauh manakah generasi muda menghargai ilmu? Seperti yang diungkapkan oleh Dr Danial Zainal Abidin (pendakwah, pemotivasi, ahli perubatan Islam) - 'yang penting bukan berapa banyak yang kita baca, tapi apa yang kita baca'. Adakah ini bermakna masyarakat sudah pandai memilih bahan bacaan yang bermanfaat? Amnya, saya tidak tahu. Cuma pada saya, saya sedar kepentingan ilmu (alhamdulillah).

Umum perlu faham, dalam mempelajari ilmu budaya membaca saja tidak cukup. Penilaian terhadap bahan bacaan juga memainkan peranan penting. Tidak ada maknanya jika kita membaca berjam-jam, tetapi 'ilmu' yang kita dapat tidak bermakna. Maka samalah kita dengan orang yang tidak membaca (walaupun kita membaca!).

Apabila membaca, kita perlu mengetahui (1) matlamat pembacaan, (2) kandungan bahan bacaan, dan (3) kebolehpercayaan bahan bacaan. Sebenarnya banyak lagi faktor yang perlu dipertimbangkan. Tapi saya mampu bincangkan faktor ini saja. Jadilah, sekadar mengungkapkan kepentingan menilai bahan bacaan.

Dalam mempertimbangkan matlamat pembacaan, matlamat yang paling utama adalah untuk mendapatkan atau mempelajari ilmu. Banyak matlamat lain. Misalnya menghilangkan rasa bosan, merangsang pemikiran dan lain-lain. (ini saya tak bincang, saya fokus kepentingan membaca untuk ilmu). Ilmu pula banyak definisi. Antaranya, pengetahuan dan maklumat. Dalam erti kata lain supaya kita tahu. Jadi apakah matlamat ilmu yang kita baca? Persoalan ini perlu dijawab dulu sebelum menghabiskan masa untuk membaca. Dari sini kita tahu kebaikan matlamat pembacaan kita. Jika matlamatnya baik, berbaloilah masa yang dihabiskan untuk membaca.

Sesuatu bahan bacaan boleh mengandungi pelbagai jenis kandungan. Ada yang berguna, ada yang tidak. Semua yang ada di alam ini adalah ilmu. Sama ada berguna/tidak, terpulang kepada si pembaca, iaitu matlamat dia membaca. Anda sebagai pembaca, yang menilai bahan bacaan anda, kerana anda yang akan memanfaatkannya. Masa itu masa anda. Kalau anda membazir masa pada benda yang anda rasa tak berguna, maka anda yang rugi (harap blog ini berguna!). Bukan saya, bukan orang lain.

Tetapi ini juga merujuk kepada kualiti sesuatu bahan bacaan. Jika suatu bahan bacaan itu dirasakan berkualiti oleh ramai orang (umum), maka ilmu yang diperolehi dari bahan bacaan itu akan tetap berguna, walaupun tidak memenuhi matlamat asal pembaca. Misalnya, fakta 'Malaysia ditubuhkan pada 1963'. Mungkin pembaca sekadar ingin tahu bila Malaysia merdeka, jadi anda rasa tidak berguna. Tetapi fakta ini berkait rapat dengan sejarah Malaysia, dan ia tetap fakta. Maka ia mungkin berguna pada masa lain. Jadi ia tetap berguna dan tidak sia-sia.

Ada ilmu yang benar, dan ada ilmu yang salah. Ilmu yang benar, sudah tentulah ia bagus, kerana ilmu yang benar sudah tentu berguna (cuma berguna 'bagaimana', 'bila' dan 'di mana' belum tahu) . 'Ilmu' yang salah atau tidak benar adalah ilmu juga, sebab dengan mempelajarinya kita jadi 'tahu'. Cuma, apa yang kita 'tahu' itu tidak berguna, kerana ia salah, tidak benar atau tidak tepat. Maka semasa membaca, kita perlu memastikan bahawa bahan bacaan itu memiliki tahap kebolehpercayaan yang tinggi, atau dengan kata lain ia 'betul'.

Tapi ini pendapat dan penilaian saya saja terhadap penilaian bahan bacaan. Semuanya terpulang pada anda yang menimba ilmu. Cuma saya menyarankan pada diri saya dan tuan-tuan semua, pilihlah bahan bacaan yang bermanfaat kerana masa itu sangat berharga, dan hidup di dunia hanya sekali (maaf ya, tiada istilah reincarnation atau 'kelahiran semula' dalam Islam)!

Hakikatnya, Al-Quran adalah sumber utama ilmu pada kita, dan benar secara mutlak (tidak boleh dinafikan, ikut/imani saja). Jadi, bacalah Al-Quran. Dalam Islam, ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dipelajari dan diajarkan kepada orang lain). Apabila kita membaca, perlu faham bahawa kita membaca untuk mendapat ilmu. Apabila telah berilmu, sebaiknya diajarkan kepada orang lain (jika mampu).

Semoga 'cetusan minda yang daif' ini dapat menjadi pedoman dan panduan kita dalam meningkatkan kualiti pembacaan kita. Bacaan dan ilmu yang berkualiti akan menghasilkan masyarakat yang berilmu dan berkualiti, dan sesungguhnya inilah yang kita perlukan untuk mencapai taraf masyarakat yang bertamadun menjelang tahun 2020 nanti!

p/s: maaf la terlewat sedikit.... blog ini berkualiti atau tidak? hmmmm....

5 ulasan:

  1. susun buke je ke?Lagi bagus,sambil selak2 buku terus baca.Aku suka pada buku.Apa buku pun sebab ia ada nilai dan mesej yang nak disampaikan,melainkan komik picisan dan novel jiwang yang tahap karat tak bermakna..juga penulisan yang hanya berbaur gosip manusia(tapi baca gak sebab nak tahu:) cuma em,kita nilai sendiri la kan?)kualiti atau tidak?Ianya ilmu yang bermanfaat.Makanya ia ada kualiti tersendiri..

    BalasPadam
  2. masa saya sekolah rendah, saya sudah habis baca semua buku bahasa melayu di perpustakaan samapi ulang baca sebab nak isi sinopsis dalam buku itu..
    lepas abis upsr, library adalah rumah kedua saya..
    sekarang org pun banyak yang membanyak ttp bacaan ringan dam pemikiran mereka jadi ringan dan mudah..

    tapi kalau fikiran kompleks pun susah juga, boleh penuh hopital tampoi.

    BalasPadam
  3. fahana_ann: kalau boleh nak tulis buku pula! dan kalau boleh lagi, buka gedung/pustaka buku hehehe ilmu pun boleh disampaikan dalam pelbagai cara selain tulisan -'a picture worth a thousand words'. terima kasih

    ainunl: perlu ke diajar teknik membaca/pencarian maklumat di sekolah? hmmmm... sama la kita Ainunl. sejak dulu saya pun suka singgah perpustakaan... kalau teliti budaya orang eropah, mereka yg berada dan mampu akan ada satu perpustakaan di rumah. betul/tak?
    Mungkin perpustakaan di rumah ini 1 kaedah mapan juga memupuk budaya membaca...

    BalasPadam
  4. memang kalau ada 1 library kat rumah pasti ia membantu..di rumah tiada bilik khusus tapi ada almari khas untuk buku..almari yang saya minta mak belikan untuk letak buku tercapai setelah agak lama berangan..hehehe
    kesannya sangat baik,bila sepupu yang kecik2 datang,mesti dia ke almari tu..walaupun tak pandai membaca tapi melalui gambar kita akan bercerita..

    BalasPadam
  5. lepas ni buat la 1 rumah jd library. mesti hari2 dia datang huhuhu :)

    BalasPadam