بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Selasa, 6 Januari 2009

Che Det (Tun) dan PPSMI

Petikan ini saya salin dari blog che det (Tun Dr Mahathir). Untuk difikir dan dipertimbangkan bersama ...
Sains dan Matematik

22. Saya ucap terimakasih kepada Cikgu Dari Ulu yang belajar sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya dan sekarang menjadi guru sains dalam bahasa Melayu juga.

23. Namun saudara sokong penggunaan bahasa Inggeris untuk sains dan matematik.

24. Ya. Program ini bukan untuk memusnahkan identiti bangsa Melayu.

25. Saya sebenarnya mendapat pelajaran dari sekolah rendah hingga ke Universiti (perubatan) dalam Bahasa Inggeris.

26. Saya fikir saya masih boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu, walaupun tidak sebaik seperti pakar bahasa.

27. Adat resam dan budaya saya adalah adat resam dan budaya Melayu.

28. Saya percaya saya diterima sebagai Melayu.

29. Jelas menguasai ilmu dalam bahasa Inggeris tidak menjadikan saya kurang Melayu.

30. Takkanlah hanya kerana belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan menyebabkan kita lupa bahasa kita, dan kita kurang Melayu.

31. Mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris. Untuk ini sudah ada matapelajaran bahasa Inggeris.

32. Penggunaan bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik adalah kerana ilmu ini mengguna perkataan-perkataan yang berlainan daripada bahasa Inggeris biasa. Juga ilmu-ilmu baru dalam bidang sains terutamanya diterokai dan diperkenalkan melalui kertas-kertas akademik hampir tiap hari. Dan hampir semuanya didapati di dalam bahasa Inggeris.

33. Kita boleh terjemahkan kertas-kertas ini. Untuk ini kita perlu penterjemah yang fasih dalam bahasa Inggeris dan bahasa kita dan juga berkelulusan dalam bidang sains berkenaan. Kita tidak ada ramai orang seperti ini sekarang pun. Jika ada pun mereka tidak berminat untuk kerja ini sepanjang hayat. Apabila semua belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu, di manakah akan kita cari orang yang fasih dalam bahasa Inggeris untuk membuat penterjemahan.

34. Dalam satu pertemuan saya telah beri contoh dalam bidang telekomunikasi, khususnya telefon sel. Kecanggihannya bertambah sepanjang masa. Ini semua adalah hasil pemahaman dalam ilmu dan teknologi "micro circuit", dalam cip, dan bagaimana menulis "software" untuknya.

35. Kita tidak perlu bahasa Inggeris untuk mengguna segala kemudahan dalam cell-phone. Tetapi untuk mencipta dan meningkatkan keupayaan cell-phone kita perlu ilmu yang berkenaan yang mana ilmu ini terdapat dalam bahasa Inggeris. Mungkin sudah ada buku-buku dalam bahasa Melayu berkenaan sains ini tetapi saya belum jumpa buku yang boleh menolong kita mencipta alatan yang mengguna sains ini. Sehingga kita ada buku ini kita perlu buku dalam bahasa Inggeris, syarahan dalam bahasa Inggeris, tunjuk ajar dalam bahasa Inggeris. Jika tidak maka kita akan terus jadi bangsa pengguna.

36. Untuk menjadi bangsa maju kita perlu ilmu pengetahuan yang luas. Hanya boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak mencukupi untuk menjadikan kita bangsa yang maju setaraf dengan bangsa-bangsa maju yang lain.

37. Saya sayangkan bahasa saya. Sejak 1947 lagi saya telah perjuangkan bahasa saya. Bukanlah niat saya untuk mengenepikan bahasa dan bangsa saya apabila saya buat keputusan untuk mengguna bahasa Inggeris dalam sains dan matematik. Niat saya ialah sebaliknya. Niat saya ialah supaya bangsa saya tidak ketinggalan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik yang begitu penting dalam menentukan maju/mundurnya sesuatu bangsa. Niat saya ialah supaya bangsa saya akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang termaju di dunia.

38. Insya'allah apabila kita di masa akan datang sudah dapat mendiri tamadun Melayu yang termaju sama seperti tamadun moden yang terkenal di dunia, apabila pendita-pendita dan saintis Melayu dapat meneroka dan menyumbang kepada keilmuan sains dunia, maka pada masa itu para saintis asing akan mempelajari bahasa Melayu untuk mendapat ilmu sains sepertimana orang Arab mempelajari bahasa Yunani, Hindi, Cina, untuk menguasai ilmu-ilmu yang diterokai oleh bangsa-bangsa ini; sepertimana orang Eropah mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu-ilmu sains dan matematik yang diterokai dan dikuasai oleh orang Arab pada abad ke-15 Masehi.

39. Inilah sejarah keilmuan tamadun manusia sejak zaman Hammurabi lagi.

Pendirian saya dalam isu ini - pada prinsip dan matlamatnya, saya sokong idea PPSMI dan Tun (saya sependapat dengan Tun hehehe). Cuma masalah timbul apabila pelaksanaannya yang tidak sistematik dan adhoc membuatkannya jadi kelam kabut dan membebankan. Yang jadi mangsa anak-anak dan murid sekolah, dan guru pun malas nak beri sokongan. Jadi saya sokong jika PPSMI dihentikan SEMENTARA sehingga kaedah pelaksanaan yang lebih berkesan (dan tidak membebankan) dapat dirangka, dibentuk dan dikaji.

4 ulasan:

  1. malasahnya ialah:

    1. guru sendiri tidak fasih berbahasa inggeris. saya sendiri tak tahu macam mana boleh dipilih mengajar bahasa inggeris.

    2. ibu bapa tak faham langsung bahasa inggeris. ada sorang colleague di ofis asyik bawa homework anak-anak untuk tanya itu dan ini. problemnya anak-anak dia sekolah rendah darjah 1 dan 2 sahaja.

    itu sahaja masalahnya. budak-budak cepat belajar. mereka seperti sponge yang menyerap segala ilmu. pernah tanya cikgu bahasa mandarin kenapa tidak dicampur sahaja budak-budak dan kita dalam satu kelas? jawabnya mudah sahaja. budak-budak akan berasa bosan dengan lembapnya kita belajar. semakin tua kita, semakin perlahan tahap pembelajaran kita terhadap sesuatu.

    adik saya merupaka salah seorang yang konon mangsa sains dan matematik dalam bahasa inggeris. pada mulanya dia merungut. ibu turut terpengaruh dengan tv, cakap-cakap dari anasir luar dan sebagainya. saya bagi dia galakkan. akhirnya? dia dapat english A1 dan keputusan yang agak baik untuk sains dan matematik. justeru itu, bahasa inggeris beliau semakin baik jika dibandingkan dengan saya ketika saya di bangku sekolah.

    saya setuju dengan tun.

    BalasPadam
  2. agaknya yg mahir BI tu tak minat jadi cikgu kot? hehehe tp cikgu tak sepatutnya putus asa, kena ada inisiatif...apapun saya stuju lagi!

    BalasPadam
  3. mulanya aku sendiri separuh2 setuju dan tak setuju..banyak hal fikir pasal PPSMI ni..kalau nak bandingkan dengan negara jepun yg mengangkat bahasa ibunda nmun masih mampu bergerak jauh tu,susahlah kita sebab orang malaysia bkan macam org jepun yg rajin dan sangat berdisiplin.Nak kata pula bertntangan dgn prlmbagaan ke atau meminggirkan bahasa Malaysia ni..em,usaha perlu terus digiatkan..aku rasa banyak kebaikannya Sains dan Mt dalam BI ni..Dan ianya memang membantu..cuma memang akan wujud masalah lain pulak..em,mungkin PPSMI ni akan aku jadikan pilihan untuk subjek study..huhuhu

    BalasPadam
  4. fahana: klu nak pilih mana lebih baik, smpi kiamat tak habis..saya stuju BI disebarluas. Dan saya juga cuba perkasakan BM. Dua-dua penting. habis cerita. tq fahana :)

    BalasPadam