بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Selasa, 23 Disember 2008

Erti Kebebasan dan Peranan Ibu bapa

Pagi ini saya terdengar wawancara di IKIM.fm segmen 'Wanita Hari Ini'. Tetamunya: Pn Rosni Abd Hamid, pengendali rumah Raudah Sakinah (NGO, rumah kebajikan dan pemulihan akhlak), 'Siti' dan 'Nora'. Seorang lagi Yusni, tak pasti siapa. Topik yang dibincangkan adalah peranan Raudah Sakinah (RS) dalam membantu melindungi gadis-gadis yang 'bermasalah' dan mendidik mereka kembali ke jalan yang diredhai Allah. 'Siti' dan 'Nora' adalah antara mereka yang 'bertuah' kerana terselamat dan dapat kembali ke pangkuan masyarakat atas usaha RS (dan izin Allah).

Siti (nama samaran) adalah pelajar IPTA, mengaku menuntut bidang falsafah. Terjebak dalam kes hamil luar nikah. Alhamdulillah beliau sedar dan merujuk RS. Nora (nama samaran), juga pelajar IPTA. Terjebak dalam kes khalwat (walau tinggal serumah dengan bukan Islam) dan murtad. Alhamdulillah, beliau insaf setelah dirujuk ke RS.

Saya tertarik dengan segmen tersebut kerana; (1) Siti dan Nora adalah pelajar IPTA, (2) Menceritakan peranan dan fungsi RS, dan (3) Tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak (terutama gadis). Daripada segmen tersebut, ada beberapa perkara penting perlu diingat dan menjadi rujukan kita semua:
  1. Masuk IPTA bukan bermakna bijak!

    Siti dan Nora adalah pelajar IPTA. Malah Siti belajar falsafah. (dari nada percakapannya jelas ketara tanda-tanda orang memahami falsafah). Tapi mengapa terjebak? Jadi perkara utama perlu diingat oleh kita semua, masuk IPTA bukanlah bermakna kita sudah bijak dan matang dalam menghadapi hidup. Keteguhan akidah perlu dijaga, selain mematangkan pemikiran terhadap cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi. Sebagai seorang tenaga pengajar di IPTA dan Muslim, terasa juga bila mendengar kisah malang sebegini. Apapun kita patut bersyukur dan mendoakan keduanya terus mendapat hidayah Allah (Allah kenal mereka).

  2. Raudah Sakinah dan kepentingan NGO

    NGO seperti Raudah Sakinah mempunyai kepentingan dalam masyarakat. Masyarakat perlu mengambil tahu kewujudan NGO dan rumah perlindungan seperti ini bukan saja untuk membolehkan mangsa merujuk masalah dan mendapatkan khidmat nasihat terbaik. Malah sebagai anggota masyarakat, kita perlu menyokong dan menyumbang apa saja yang mampu untuk membantu mereka. Kehadiran RS adalah untuk menyediakan ruang bagi mereka yang dah 'terlanjur' dan 'bermasalah' untuk kembali ke pangkal jalan. Tapi jangan pula mengambil kesempatan (buat sesuka hati, kemudian cari tempat berlindung.).

Tanggungjawab ibubapa terhadap kebebasan anak-anak

Ini sebenarnya yang saya ingin sentuh. Kita semua perlu tahu bahawa Islam sebenarnya menjaga kebajikan manusia, sejak dari dalam kandungan lagi (baca Al-Quran), sehinggalah mati (dimandi, disolat), hatta sesudah berada di dalam kubur (tahlil, doa, amal jariah). Saya bukan aliran agama, jadi tak dapat ulas spesifik kepada mana-mana ayat Al-Quran atau hadis (malang sekali). Bahkan sebagai Muslim, hak dan peranan setiap insan jelas, sama ada terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jadi sebagai Muslim, soal menjaga kebajikan bukanlah perkara pelik, apatah lagi terhadap darah daging dan keturunan sendiri.

Sebagai ibubapa, perlu sedar tanggungjawab kita. Rasanya dah banyak diperkatakan. Cuma saya tertarik dengan ulasan tetamu (Pn Rosni) yang mengatakan bahawa 'kalau suruh anak solat, jangan hanya tanya dah solat/belum. Tapi semak bagaimana dia mengambil wudu', lihat cara dia solat.' dan juga 'ramai ibubapa tak ajar anak tentang bab mandi wajib'. Saya amat bersetuju dengannya (kerana saya sendiri membesar dengan cara demikian dan berpendapat perkara sedemikian sudah cukup. Pagi ini baru saya sedar saya silap!).

Ramai ibubapa yang terlalu mempercayai anak dalam soal ibadah. Misalnya dalam bab solat. Jarang sekali saya bertemu dengan ajaran ibubapa yang sanggup melihat bagaimana anaknya melakukan ibadah khusus - spt berwudu', bersolat- kerana beranggapan anak-anak sudah tahu, apatah lagi yang remaja. Walhal remajalah yang berpotensi besar untuk meninggalkannya kerana lebih banyak dugaan dan godaan!

Selain itu ibubapa juga adakala terlalu mempercayai anak-anak dalam urusan harian (ini saya ulas semula dari penerangan tetamu, saya kurang pengalaman). Ramai ibubapa tidak ambil peduli apa yang anak buat dan jarang bertanya khabar, khususnya yang tinggal berjauhan. Maka pelajar seperti 'Siti' yang kesepian dan tidak ada tempat mengadu mudah terjebak dengan jerat cinta dan akhirnya terpengaruh untuk melakukan hubungan seks dengan 'teman kesayangannya'. Manakala 'Nora' yang diberi kebebasan sepenuhnya oleh ibubapa, terlalu obses dengan kebebasan sehingga sanggup murtad, setelah berada dalam dunia bebasnya.

Jadi sebagai ringkasan, peranan ibubapa Muslim terhadap anak-anak hakikatnya ada dua peranan penting:
  1. Memastikan ibadah dan akidah anak-anak terjaga. Jangan terlalu memberi kebebasan tanpa memberi didikan dan pemantauan. Sekolah dan pendidikan formal tidak 100% berkesan.

  2. Memastikan keperluan anak-anak sebagai manusia terbela. Prihatin dengan keperluan anak dari segi (1) fizikal/lahiriah - duit, pakaian, makanan dll - (2) mental/batiniah - perasaan, emosi, dorongan, motivasi dll - dan (3) spiritual/rohaniah - akidah, iman, penghayatan dll.
Janganlah kerana atas dasar 'memberi kebebasan' ibubapa tidak mempedulikan anak-anak. Sebaliknya perlu diawasi. Sebelum mengharapkan anak prihatin pada ibubapa, ibubapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik dahulu. Maka ibubapa perlu prihatin terhadap anak-anak. Cuma janganlah sampai tahap terlalu mengongkong, kerana ia juga boleh menyebabkan anak memberontak dan bermasalah juga. Tapi sejauh manakah ibubapa perlu memberi kebebasan kepada anak-anak dan seketat manakah pengawasan yang perlu dilakukan terhadap mereka? Entahlah. Semuanya bergantung pada keadaan individu. Mungkin ini yang perlu difikir bersama.

Mudah-mudahan kita sentiasa diberi hidayah untuk melakukan yang terbaik pada diri kita. Insya'Allah.

8 ulasan:

  1. saya jg ada dgr..
    menarik kisahnya. tp x dpt dgr lama.

    BalasPadam
  2. kebanyakannya bijak tapi nafsu menguasai segalanya. lihat saja golongan maknyah kebanyakannya ada bisnes sendiri. golongan gay kebanyakannya dari golongan atasan seperti engineer, arkitek dan sebagainya. golongan gro kebanyakannya pelajar ipta yang mengambil jurusan seperti law dan medic. nak kata tak bijak, bijak. kalau tak bijak takkan pula boleh masuk ipta dan dapat belajar jurusan yang hebat-hebat, betul tak?

    raudah sakinah tidak diwar-warkan. ini yang membuatkan ramai tidak tahu mengenainya. contohnya talian nur, untuk kes penderaan dan sebagainya. berapa ramai yang tahu tentang ini? boleh dikira dengan jari kan? harap kerajaan boleh mengiklankan di suratkhabar dan televisyen supaya seluruh rakyat malaysia boleh mendapat info yang lebih lanjut tentang badan-badan NGO seperti ini.

    ya saya setuju tentang mandi wajib. ibu bapa beranggapan perkara-perkara tentang agama sudah dipelajari di sekolah melalui PAFA dan sebagainya. macam yang berlaku sekarang... semua saling menuding jari. ibu bapa kepada pihak sekolah dan sebaliknya. ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih lagi selain menjadi contoh di rumah.

    kebanyakan wanita sekarang sanggup korban agama dan kesucian demi cinta. budaya barat disanjung melebihi segalanya. tambahan yang tinggal di metropolitan. budaya barat dianggap hebat, taksub dengan pakaian barat dan cara hidup barat. semuanya nak barat termasuk makan dan sex.

    secara kesimpulannya, individu itu sendiri kena ada basic agama yang kuat. nak salahkan pihak lain susah juga. berapa ramai anak ustaz dan pakar agama yang terpesong? walau diberi didikan yang sepenuhnya dan dorongan yang sepatutnya, tapi mereka ini sering kecundang dengan seruan nafsu dan cinta.

    remaja-remaja sekarang hanyut dibawa arus kemodenan melalui rakan sebaya dan juga hiburan di bumi malaysia.

    wallahualam.

    BalasPadam
  3. pyejal:ok la tu, berbanding tak dapat dengar langsung. Saya tolong sampaikan (dan ulas) yg sempat dengar saja. pengajaran utk kita semua. terima kasih.

    Faisal: Ya. Asas kena kukuh. terima kasih.

    BalasPadam
  4. Memang brmaklumat IKIM..
    em..bukan mudah menjadi ibubapa yang baik..tapi boleh..
    sebab tu tanggungjawab sekolah juga penting..guru bukan semata guru..
    cuma,peranan ibubapa memang trsangat penting tapi ramai yang buat tak endah..lepaskan segala pada orang lain,sedangkan anak sendiri..

    BalasPadam
  5. cik fahana_ann salahkan cikgu sbb tak pandai mainkan peranan jd 'ibubapa' di sekolah ke ni? (saya tak berapa faham komen ni...)

    BalasPadam
  6. hehehehe..ayat berbelit kan?
    langsung tak salahkan cikgu..mana larat nak jaga semua budak macam anak sendiri..cuma,semua pihak perlu mainkan peranan..ibu bapa pula jangan ingat cikgu mampu laksanakan tugas mendidik tanpa ambil peduli perihal anak-anak

    BalasPadam
  7. ok. faham. betul tu. jd kalau jd ibubapa nanti jgn cepat salahkan cikgu ye! (termasuk cikgu universiti hehehe)

    BalasPadam
  8. Salam
    Saya perhatikan ramai ibu bapa tidak memberitahu apa yang halal n haram, elok n buruk. Sepatutnya seawal mgkn kita memberitahu ank2.Jika anak tersebut boleh faham kita bercakap pada usia 1thn trus bgtau.Hari2 bgtau nanti ianya melekat di lubuk hati mereka.INSYALLAH.Silapnya kita perkenalkan dulu dunia syaitan kpd anak2 tanpa berkata apa2..plg tidak kita bgtaulah ini tidak elok kita org ISLAM,ALLAH marah tp ramai yg buat tk tau jer..last2 anak2 terikut cara tersebut baru nak nasihat..emm dh terlambat. Walaupun anak itu masih kecil tetapi layanlah mereka cara dewasa,bgtau dengan jelas tk perlu nk tunggu esok n esok..Saya telah membuat kajian terhadap dua orang anak saya.Saya memberitahu mereka seawal 1thn, apa halal n apa yg haram di sisi ISLAM. Dlm tv bnyk cth2nye..Alhamdulillah mereka faham dan adakalanya mereka bertanya kenapa,mengapa? Saya memberi ulasan seperti penceramah2, akhirnya mereka berkata oooohh..gitu.Kini mereka berumur 3&4 thn..mereka makin mengerti apa itu ISLAM.Anak saya yg berumur 4 thn mula berkata.."kakak tak nak pakai seluar jeans dah,kakak dh besar,bdk perempuan tk elok pakai seluar" manakala adiknya setiap kali kekedai dia akan membelek2 mencari2 tanda halal,jika tiada, dpn2 tuan kedai dia kata "Adik tk nklah yg ni,Yahudi punya.."Saya tersenyum syukur.Pernah jiran saya ckp bdk2 besar ni kalau ckppun bukan tau ape kpd saya tatkala saya kata gula2 yg dia org nak tu tiada tanda halal,tk boleh makan.Sebenarnya teori tersebut salah..bdk2 juga dianugerahkan ALLAH akal fikiran, jika diasuh dan dibimbing mereka akan matang dlm menilai kehidupan seawal mgkn.INSYAALLAH

    BalasPadam