بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Jumaat, 19 Disember 2008

Sinergi (gabungan) Herba

* Kopi Radix sejenis jenama. Tapi yang dipaparkan di sini adalah memperkatakan kelebihan dan revolusi sinergi herba yang terdapat di dalamnya.

* AWAS: Terdapat juga produk 'kopi Radix' palsu di pasaran. Khasiat dan keselamatannya juga meragukan. Untuk mengenalpasti produk tulen, ia menggunakan pelekat 'tulen' HPA pada produk kopi Radix. Isu berkaitan Radix palsu.

Anda pernah dengar slogan 'Mai Secawan!' di televisyen? Itulah iklan kopi Radix. Kopi Radix adalah salah satu produk keluaran Bumiputra Islam, Herba Penawar Al-Wahida (HPA) Industries Sdn. Bhd. Radix merangkumi pelbagai produk keluaran HPA. Tapi yang hendak diwar-warkan di sini adalah berkenaan sinergi herba dalam produk Kopi Radix. (sumber ilustrasi : fozake)

Apa yang menarik ialah kopi Radix merupakan satu revolusi dalam penghasilan produk minuman segera. Sebabnya, kopi Radix adalah hasil sinergi 7 herba (selain kopi, gula dan krimer):
  1. Tongkat Ali
  2. Mengkudu Hutan
  3. Mata Pelanduk
  4. Halban
  5. Larak Hutan
  6. Teja Lawang
  7. Tebu Gajah.
Menurut Pengarah Urusan 1 HPA yang juga bekas penolong pengurus Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) cawangan Perlis, Hj Ismail Ahmad, penyelidikan kopi Radix mengambil masa selama 5 tahun. Malah Hj Ismail ada menulis buku panduan tentang kajian dan khasiat kopi Radix bertajuk 'Radix: Satu Kajian' terbitan HPA.

Produk kopi Radix mendapat pengiktirafan MARDI sebagai antara produk herba terbaik, dan HPA sendiri menerima anugerah khas Perdana Menteri sewaktu MAHA'08 yang lepas, kerana sumbangannya kepada industri herba. Produknya juga diiktiraf selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mendapat pengiktirafan ISO (pengilangan) dan sijil Halal JAKIM.

Antara khasiatnya; (1) meningkatkan tenaga, (2) menambahkan kesuburan, (3) mencegah kanser, (4) mengelakkan sembelit/buasir, dan (5) mencegah kencing manis. Kopi Radix juga dikatakan mengandungi kafein pada tahap yang minimum. Dan (anehnya) boleh digunakan sebagai 'ubat tidur'! (berkesan pada anda? wallahua'lam).

Di Malaysia dikatakan terdapat lebih 3000 spesis herba. Adakala herba-herba tersebut biasa kita dengar, cuma kita tidak tahu khasiatnya (ada juga yang memperlekeh). Walhal nenek moyang kita telah mengamalkannya sejak turun-temurun. Ini adalah satu kelebihan sebenarnya bagi penyelidik bidang botani (dan yang berkaitan) di Malaysia, kerana banyak spesis herba yang boleh dikaji. Berbanding penyelidik Eropah yang terpaksa 'melancong' ke negara-negara beriklim khatulistiwa untuk mendapat sampel, adakala kita hanya perlu mengutipnya di luar rumah! Alangkah bertuahnya Malaysia! (alhamdulillah).

Hakikatnya telah banyak hasil kajian penyelidik tempatan berjaya menampakkan kelebihan-kelebihan herba dari sudut saintifik. Cth: serai wangi, pegaga, halia dsb. yang nyata mempunyai khasiat yang tinggi dari segi perubatan. Malah, khasiat herba juga telah terbukti boleh disinergikan dalam satu produk, dan Kopi Radix (serta sekian banyaknya produk syarikat lain) telah membuktikan herba berpotensi untuk dikomersialkan.

Jadi kejayaan ini seharusnya memberi semangat kepada penyelidik-penyelidik akan datang untuk terus mengkaji kaedah terbaru (cth sinergi, ekstrak dsb.) yang lebih mapan dalam menghasilkan produk komersial dan kegunaan umum, selain mengkaji spesis yang belum terkaji (cth: apakah zat-zat dalam ulam raja dan kacang botol?)

p/s: Selain RADIX, ada juga produk jenama dan syarikat lain yang menggabungkan beberapa herba dalam produk mereka. Tapi saya tak arif, jadi saya tak berani komenlah!

3 ulasan:

  1. sebenarnya susah juga nak percaya pada produk-produk macam ni.
    terlalu banyak dan semuanya menyenaraikan seribu satu macam khasiat dan penawar kepada pelbagai penyakit..
    tetapi kalau betullah boleh merwt semua penyakit yang disenaraikan,kenapa tidak digunakan dalm perubatan hospital.
    tak payahlah org ulang alik pi hospital minta ubat..

    BalasPadam
  2. perubatan moden lebih kepada perubatan alopati, merawat. Homopati juga merawat, tp guna kaedah 'racun dgn racun'.

    herba (holistik) menggunakan pendekatan berbeza. Lebih bersifat pencegahan, menguatkan imuniti.

    Pd saya semuanya saling melengkapi.

    pengalaman saya guna Radix, dah puas hati! hehehe produk lain tak tahu la. (mai secawan!)

    BalasPadam
  3. sbnrnya, sama ada berkesan atau tidak tu saya taknak komen. Sbb bukan blog promosi produk.

    Cuma saja nak hilite kaedah sinergi herba. Cth Tebu Gajah meneutralkan racun, Tongkat Ali juga sejenis 'racun'. Jadi bagaimana mereka boleh mensinergi herba2 yg berlawan sifat ini? Tu yg menarik di sini... rasanya ainunl lebih arif (bab makanan)...

    BalasPadam