بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Rabu, 24 Disember 2008

Makanan HALAL yang suci?

Pagi ini saya dengar lagi IKIM.fm (ala-ala promosi lah pula). Agak lewat. Tapi sempat terdengar promosi produk jus Di Hati keluaran Darul Fuqaha. Jus ini merupakan minuman kesihatan 'fizikal dan rohani', kerana dihasilkan menerusi proses IMP (Islamic Manufacturing Practice). Kali pertama saya dengar tentang IMP, dan menarik sekali, kerana prinsip halal tidak dipandang dari aspek fizikal saja, tetapi menyeluruh supaya khasiatnya memenuhi keperluan jasmani dan rohani. (tip saja, produk boleh rujuk sendiri di laman web Darul Fuqaha).

Sumber ilustrasi: http://www.halal.gov.my/

Saya bukan mahu mengulas tentang produk. Apa yang ingin disentuh adalah kepentingan kajian terhadap industri makanan HALAL di Malaysia dan sejauh mana mutu, kebersihan dan kesucian makanan itu dijaga atas tiket HALAL. HALAL ini saya rujuk sebagai satu jenama/'tiket pelaris', manakala istilah halal (huruf kecil) merujuk konsep halal yang sepatutnya.

Sekarang ini rata-rata komuniti pengeluar makanan di Malaysia sudah mula sedar dengan kepentingan HALAL di Malaysia. Bukan saja di kalangan orang Islam, malah pengeluar yang bukan Islam juga sudah mula berebut-rebut memohon sijil HALAL daripada JAKIM dan HDC (Halal Industry Development Corporation). Fakta ini saya ambil daripada siaran berita yang disiarkan di stesen tv tempatan tidak lama dulu. Tapi ada juga pengeluar makanan beragama Islam masih tidak mahu mendapatkan sijil HALAL. Mengapa agaknya? Entahlah, mungkin ada sebab tersendiri. Tetapi kita semua harus sedar bahawa HALAL ini penting sebagai:
  1. penunjuk bahawa makanan yang dikeluarkan memenuhi standard makanan 'halal' di Malaysia.
  2. meyakinkan pengguna Islam (dan bukan Islam) bahawa makanan yang dikeluarkan diiktiraf 'halal', sekaligus menarik lebih ramai pembeli, kerana,
  3. menunjukkan bahawa kualiti dan bahan makanan itu terjaga (bersih adalah satu keperluan untuk mendapat status HALAL)
Namun faktor 'pelaris' ini juga mendorong wujudnya beberapa kes yang melibatkan pemalsuan logo HALAL. Ini tidak perlu diulas kerana pihak berkuasa sudah melakukan pelbagai usaha dan masih diteruskan bagi menghalang kegiatan ini berleluasa. Terima kasih pada mereka. Kes pemalsuan itu kes yang jelas salah. Namun yang tidak jelas bagaimana?

Sebagai perbincangan dan kajian, adakah produk yang diiktiraf HALAL itu benar-benar halal (suci dan baik)? Ini perlu dipersoalkan kerana ramai melihat bahawa industri makanan boleh maju dan mendapat keuntungan melalui tiket HALAL. Jadi ramai yang berebut untuk memenuhi standard HALAL, tanpa mengetahui konsep halal yang diterapkan dalam Islam. Ini perlu diberi perhatian serius juga, selain kes-kes pemalsuan logo HALAL.

Sedangkan konsep halal itu bukan saja HALAL, tetapi perlu dijaga dari segi; (1) kesucian bahannya, (2) kesucian prosesnya (pengilangan, penjualan dsb), dan (3) kesucian jiwa pembuatnya (beragama Islam). Bila disebut pembuat mesti Islam, bukanlah syarikat Islam saja layak. Syarikat milik bukan Islam tetap boleh menghasilkan makanan halal. Tetapi orang yang membuat makanan itu mesti orang Islam yang kuat amalan agamanya. Seperti mana disentuh sebagai IMP di atas.

Ya itulah hakikatnya. Kalau kita mahu iman yang teguh (insya'allah), cubalah cari makanan yang memenuhi 3 kriteria halal itu (harap tidak kebulurlah rakyat Malaysia lepas ni!). Tapi dalam keadaan semasa, sukar rasanya nak dapatkan makanan seperti ini. Maka terpulanglah. Tepuk dada tanya iman. Asalkan yakin halal, kerana Islam itu 'mudah dalam susah'. Tapi jangan sampai meng'halal'kan juga benda yang haram atas sebab terpaksa.

Persoalan utama:
  1. Adakah makanan diiktiraf HALAL itu memenuhi 3 kriteria di atas?
  2. Apakah cara yang berkesan untuk memastikan HALAL itu dikuatkuasakan (bukan setakat untuk dapat sijil)?
  3. Dan apakah cara yang berkesan untuk memastikan usaha tersebut (penerimaan 3 kriteria halal) disambut baik sebagaimana sambutan terhadap HALAL?
Amnya dalam situasi semasa, (secara peribadi) HALAL Jakim itu cukuplah untuk meyakinkan kita semua bahawa produk tersebut halal (kalau tidak, apakah cara selain itu?). Dan saya juga bukan ulama untuk membuat sebarang fatwa atau hukum. Sekadar melontarkan pandangan/persoalan sebagai 'ahli sains'. Namun kajian perlu dilakukan bagi memastikan HALAL yang diputuskan oleh Jakim itu benar-benar menghasilkan produk makanan yang halal dan baik, bukan saja untuk umat Islam, tetapi juga rakyat Malaysia yang lain.

Promosi : untuk menyemak pengesahan Jakim, boleh SMS dengan menaip halal [kodbar produk] (contoh: halal 1234567890) dan hantar kepada 32728 (setiap SMS dicaj 50 sen), atau lawat sendiri laman web Jakim.

4 ulasan:

  1. sebelum saya terlupa diharap tuan rumah boleh ubah setting kepada pop up supaya mudah sikit nak komen sambil refer balik entry :)

    logo halal sekarang ada di mana saja. di merata-rata. kenapa? kerana logo halal diperlukan seperti salah satu strategi marketing. majority adalah melayu. ini bermakna majority secara tak langsungnya beragama islam. nak lariskan makanan atau produk makanan, terpaksalah mendapatkan logo halal. kesahihan halal? siapa yang tahu? wallahualam...

    kriteria yang ketiga tu bagi saya berapa kerat je yang buat. selebihnya bangsa asing. ambil saja mana-mana restoran dan boleh dikatakan nisbahnya ialah 3:5. tambah lagi restoran-restoran fast food di malaysia.

    kedai nasi kandar pun sampaikan ada yang pakai ayat-ayat suci al quran dan kalimah allah dan muhammad di kedai mereka sedangkan kedai itu milik india yang beragama hindu. nak tahu, senang saja. jika kedai nasi kandar tu tak jual daging, maka sah lah kedai tu bukan milik orang islam! sembelih ke tak... lagi lah! kena hati-hati kalau makan nasi kandar di penang :)

    BalasPadam
  2. faisal, pendapat/teguran anda telah diterima. terima kasih. maaf la. baru bertatih ber'blog' :)

    mmg betul. Mamak bukan islam gunakan 'camouflage' ni pun masalah juga.

    p/s: siap ada nisbah tu...

    BalasPadam
  3. setuju betul dgn faisal.tak berapa sanggup nak masuk gerai/restoran mamak..untuk marketing semata..yang lain belakang kira..huhuhu..baca doa' sebelum makan tu penting..elakkan dari segala kemudaratan yg kita tak nampak di sebalik 'kesucian' yg dipamerkan

    BalasPadam