بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Selasa, 2 Disember 2008

Pengaturcaraan - Pengenalan

Bila berfikir tentang blog ini, saya baru teringat. Dalam banyak-banyak pos saya, belum ada yang khusus tentang sains komputer (sedangkan itu penyelidikan utama saya!). Maka untuk pos kali ini adalah untuk memperkenalkan bidang pengaturcaraan. Mungkin sebab selama ni saya menulis untuk diri sendiri, maka rasa tak penting 'memperkenalkan' subjek yang arif bagi saya. Tidak apa. Boleh juga jadi 'ulangkaji'!

Pengaturcaraan sangat rapat dengan istilah komputer. Ini kerana komputer tidak boleh berfungsi tanpa perisian. Pengaturcaraan adalah satu kerja (atau aktiviti) menyusun langkah-langkah penyelesaian masalah dalam bentuk diskrit untuk dilaksanakan oleh komputer. Set langkah ini dinamakan aturcara. Perisian ialah hasil dari kompilasi aturcara ke dalam bentuk kod mesin. Jadi perisian merujuk kepada langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh komputer dalam bentuk kod mesin, dan pengaturcaraan adalah kerja untuk menghasilkan perisian.

Dahulu mesin hanya merujuk pada komputer atau pemproses sebenar. Tapi kini terdapat perisian yang digelar 'mesin maya' atau VM (virtual machine). Perisian ini mengambil alih fungsi mesin sebenar untuk melaksanakan perisian. Jadi secara mudahnya, perisian tidak perlu mesin sebenar untuk dilaksanakan, sebaliknya dengan menggunakan VM, output perisian boleh dihasilkan. (hakikatnya perisian VM perlu mesin sebenar juga untuk 'berfungsi', cuma VM mampu melindungi perisian yang hendak dilarikan / 'execute' daripada bergantung kepada sesuatu mesin sebenar). Tujuan VM adalah membolehkan sesuatu perisian bersifat mudah-alih, sebab VM lebih murah dan perisian (secara amnya) dapat dilarikan pada mana-mana mesin sebenar.

Pengaturcaraan melibatkan bahasa pengaturcaraan. Pernah dengar PHP? HTML? C? Visual Basic? Java? Semua ini adalah antara bahasa pengaturcaraan yang dikenali ramai (kalangan ahli komputer). Secara terperinci HTML, PHP dan C adalah 3 jenis bahasa berbeza. Tapi untuk memudahkan, kita andaikan sebagai satu bahasa pengaturcaraan saja. Contoh:
(1)
#include "stdio.h"

int main (void)
{

printf("Selamat Pagi, Malaysia!\n");
return 0;
}

Contoh (1) di atas adalah aturcara dalam bahasa C. Aturcara akan disimpan dalam fail teks (misalnya 'ucapan.c') dan dikompil menggunakan perisian yang dipanggil pengkompil. Pengkompil khusus pada sesuatu bahasa pengaturcaraan, dan pengkompil untuk aturcara (1) adalah pengkompil C. Output pengkompil adalah fail perisian yang boleh dilaksanakan. Ia juga dipanggil program atau aturcara. Apabila dilaksanakan, akan mengeluarkan output berikut pada skrin:
(2)
Selamat Pagi, Malaysia!
Ini adalah satu contoh ciri perisian, iaitu mengeluarkan output. Tugas perisian lebih kepada untuk melakukan pengiraan dan komputasi. Apabila mengungkap istilah 'pengiraan', sebenarnya teks yang terpapar dalam (2) adalah hasil pengiraan (walaupun sekadar memaparkan teks). Jadi pengaturcaraan hakikatnya adalah langkah penyelesaian pengiraan. Maka tidak hairanlah ramai pakar pengaturcaraan biasanya mereka yang mahir Matematik, atau orang Matematik mudah mahir pengaturcaraan. Tapi bak kata pepatah 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Sesiapa saja boleh menguasainya jika berusaha bersungguh-sungguh. Individu yang melakukan kerja pengaturcaraan pula dipanggil pengaturcara. Dalam industri pembangunan perisian dan aplikasi komputer, pengaturcara adalah salah satu golongan yang penting. Hakikatnya ramai lagi yang penting seperti pengurus projek, penganalisis sistem, perekabentuk, penguji, selain pengaturcara. Cuma dalam skop hobi atau eksperimen, seorang saja boleh menjawat semua tugas berkenaan.

Pelaksanaan perisian melibatkan tiga ciri utama, iaitu input, proses dan output (IPO). Ada juga yang memandang perisian sebagai sebuah sistem atau fungsi kerana mengandungi IPO. (IPO adalah konsep umum yang terpakai pada banyak bidang, termasuk sains komputer). Maka pengaturcara perlu mahir konsep IPO dan perisian untuk memahami pengaturcaraan, kerana pengaturcaraan adalah untuk menghasilkan perisian, dan perisian melakukan fungsi IPO.

Rasanya cukuplah untuk pengenalan. Insya'allah, ada masa (atau kesempatan dsb yang berkaitan) saya sambung lagi.

6 ulasan:

  1. wah~ tak faham-faham. saya mmg buta it sikit, buta komputer dan buta kod

    BalasPadam
  2. eh, tak faham ke? maknanya saya ni tak berbakat karang modul pengenalan hehehe

    takpe. jgn buta hati :)

    BalasPadam
  3. sgt menarik..
    bahasa komptr agak unik..seakan belajar bhsa robot..teringin mempelajarinya tapi x berpeluang..

    BalasPadam
  4. takpe. niat yg ikhlas dan baik akan ada peluangnya (insya'allah)

    CALL learn() # start learn

    SUB learn()
    BEGIN
    ...DO
    ......i_am_learning() # learn here
    ...UNTIL i_die()
    END

    BalasPadam
  5. saya nak belajar pngaturcaraan tapi saya tak tau nak mula dari mana..???

    BalasPadam
  6. (Sick of virus) - cara yg tepat atau paling berkesan tu saya tak tahu. Tapi blh pilih 1 bahasa pengaturcaraan yg mudah (cth Basic), cari buku pengenalan (cth terbitan O'Reilly, SAMs dll), buat latihan sedikit demi sedikit. Bahasa mudah seperti Basic antara bahasa paling mudah difahami dan dipelajari. Fahami konsep-konsep penting. Bila dah kuasai, cuba bahasa lain pula. Sambil tu banyakkan baca buku dan cari rujukan (cth: aturcara drpd orang lain).
    Semoga berjaya dan berbakti pd negara :)

    BalasPadam