بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Isnin, 22 Disember 2008

Sisipan - Hiburan alternatif untuk Muslim?

Baru-baru ini saya tertonton tayangan semula filem animasi Putih di saluran Astro. Lalu saya terfikir, mengapa dulu filem ini tidak dapat sambutan? Jika dilihat pada industri filem animasi di Malaysia, belum ada kejayaan yang benar-benar boleh dibanggakan seperti filem-filem animasi terbitan Disney Pixar, Dreamworks dll. Mengapa agaknya?

Dari segi teknologi, rasanya tidak banyak yang kurang. Ambil contoh filem Putih, memang ada sedikit kelemahan dari segi pergerakan. Tapi dari segi lakaran, penataan bunyi, suara pelakon pada saya sudah layak untuk bersaing dengan animasi terbitan Disney. Jalan cerita Putih agak menarik. Temanya juga bersifat mendidik, dan dari segi nilai komersial rasanya sedap-sedap juga lagu yang dimuatkan di dalamnya. Dan terbaru, animasi Saladdin (gambar) yang bakal ditayangkan pula pastinya mempamerkan kelainan dari segi mutu yang ketara untuk bersaing dengan animasi luar.

Ini sebagai selingan/mukadimah saja. Yang ingin disampaikan adalah berkenaan mewujudkan hiburan alternatif yang sesuai untuk Muslim. Masyarakat tidak dapat lari dari keinginan menikmati hiburan.Salah satu hiburan yang digemari adalah menonton filem. Dan pos blogger Ainunl tentang wayang juga sedikit sebanyak memperlihatkan 'ketagihan' golongan muda terhadap hiburan ini. (update: sinikal, tapi jadilah utk menggambarkan situasi semasa)

Malangnya, industri perfileman di Malaysia nyata belum dapat memperjelaskan budaya yang sesuai dan sejajar dengan kehendak Islam. Ada pihak yang berpendapat 'nilai' seksi dan komersial (cth aksi ganas, liar) perlu dipertontonkan pada filem supaya laris, menyebabkan filem tidak selari dengan kehendak Islam. Justeru gagal menjadi hiburan alternatif Muslim yang peka pada hukum agama. Tetapi dengan mengharamkan wayang pula mewujudkan 'nada-nada protes' bagi mereka yang belum/kurang faham.

Wayang perlu (citarasa masyarakat kini). Hiburan perlu. Maka apakah kaedah yang sesuai dalam mewujudkan filem yang selari dengan kehendak Islam? Ia juga perlu laris supaya penerbit berminat menghasilkannya lagi. Penangan filem Syukur 21 dan Raihan walaupun satu usaha yang baik, tetapi gagal mencapai keuntungan dan sambutan

Pada saya, filem animasi adalah calon paling sesuai menjadi wahana alternatif dalam menghasilkan filem bercorak Islamik yang laris. Hujah saya, (1) animasi tidak bergantung kepada perwatakan pelakon sebagai unsur komersial, (2) animasi mempunyai daya penarik dari pelbagai sudut (termasuk jalan cerita), (3) watak dalam animasi boleh dicipta, dan (4) animasi rata-rata menarik minat semua golongan dan peringkat usia. Justeru, dapat mengelakkan unsur-unsur negatif bersifat komersial 'terpaksa' diterapkan dalam filem.

Animasi tidak perlu pelakon yang ada nilai komersial, dan tidak terikat dengan pelakon yang 'popular' saja. Lihat saja filem Shrek. Tiada siapa kenal Shrek sebelum ini. Pun tidak ada wanita berpakaian bikini atau skirt, tetapi filem itu mampu mengaut keuntungan berjuta dolar (adegan Shrek mandi ada lah). Siap ada lanjutan. Mengapa? Maknanya budaya Islam juga berpeluang untuk mendapat tempat di kalangan penggemar wayang, walaupun mengharamkan pakaian yang mendedah aurat untuk ditonton. Tak kisahlah imej bertudung pun, kalau ceritanya unik (dan menarik) pasti orang tertarik untuk menonton. Muslim yang peka juga tidak akan keberatan untuk menonton wayang.

Animasi nyata mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Tarikan boleh diolah dari pelbagai sudut dan tidak hanya bergantung kepada ciri komersial saja. Apa yang penting ialah idea dan strategi menarik penonton untuk menontonnya. Misalnya, Monsters Inc. memaparkan alam fantasi yang disandarkan pada retorik 'raksasa bawah katil'. Walhal cerita dongengan sebegitu nyata sudah lapuk dan basi. Tetapi mengapa mencapai keuntungan berjuta dolar? (lebih hebat dari filem Cicak Man yang kononnya ada pelakon 'seksi' Fasha Sandha dan Apek yang kelakar?). Jadi 'jalan cerita' Islamik boleh bergantung kepada ciri penarik pada animasi untuk mengekalkan penonton yang gemarkan hiburan, dan sekaligus menarik minat pendokong untuk datang ke panggung.

Perwatakan/rupa animasi boleh direka dan disesuaikan dengan kehendak jalan cerita. Filem Shrek 'melahirkan' watak raksasa berperut gendut yang menjadi kegilaan peminat filem animasi. Jalan ceritanya memerlukan 'pelakon' seperti Shrek, dan ia pun dicipta sedemikian. Walhal jalan ceritanya bersandarkan dongeng dan cerita rakyat. Rasanya kalau setakat dalam buku cerita kanak-kanak, belum tentu orang akan membacanya. Jadi 'jalan cerita' kehidupan Muslim (yang kononnya membosankan?) tetap ada peluang melahirkan watak yang digilai ramai jika kena gayanya. Jalan ceritanya boleh seperti filem-filem lain, tetapi penampilan wataknya dicipta sesuai dengan kehendak Islam.

Animasi menarik minat semua golongan daripada bayi sehinggalah orang tua (ciri keluarga dan universal). Sukar bagi kategori filem lain untuk mencapai 'kesepakatan' seperti ini, tetapi animasi mampu melakukannya. Dan jika animasi boleh melenyapkan perbezaan paradigma antara pelbagai peringkat umur, mengapa tidak perbezaan budaya (bukan Islam dan Islam)? Justeru budaya Muslim boleh digarap secara halus dalam filem animasi tanpa melunturkan daya penariknya. Penonton tidak terasa itu adalah budaya Islam. Jadi tanggapan mereka lebih mudah 'dibelai' untuk menerima pembaharuan. Selain itu ciri berkenaan boleh menjadi sandaran untuk menarik lebih ramai golongan dan peringkat umur agar mendekati cara hidup Muslim.

Jadi, kepada penghasil karya filem tempatan dan semua pendokong budaya Muslim, haruslah berfikir dari sekarang bagaimana memanfaatkan potensi yang ada dalam filem animasi untuk membudayakan peribadi Musli, tanpa melunturkan minat ke panggung. Sekaligus menyediakan hiburan alternatif kepada Muslim.

9 ulasan:

  1. kalau lihat pada animasi yang mendapat perhatian, kita boleh lihat penangan upin & ipin yang menerapkan unsur-unsur islamik melalui pengalaman berpuasa.

    pendapat saya upin dan ipin mendapat sambutan meluas antaranya pergerakan animasi itu selari dengan permainan suara. upin dan ipinn juga dilihat lebih mendekati realiti dan bukan seakan dibuat-buat seperti kebanyakan filem animasi malaysia yang lain.

    p/s : entri wayang tu bukanlah bermakna saya-penonton-wayang-tegar tetapi lebih kepada sinikal kepada isu politik.

    BalasPadam
  2. saya setuju dengan post ni di mana animasi tidak perlu keganasan dan adegan berbaur seksi. animasi boleh diterapkan unsur-unsur keagamaan secara langsung atau tidak langsung.

    pernah dengar "spirited away"? animasi tentang kepercayaan orang cina diselitkan? masih mendapat sambutan dan ramai yang menonton termasuk rakan muslim sendiri.

    jika spirited away boleh mendapat sambutan, kenapa tidak dengan animasi malaysia yang berunsur pendidikan dan keislaman?

    yang penting marketing kena diperhebatkan lagi. kalau tak ada pengiklanan dan sebagainya, bagaimana nak mendapat sambutan? :)

    BalasPadam
  3. ainunl: saya setuju.
    hmm ... isu politik ke? saya ambil tahu politik juga, cuma tiada di sini. Tp hakikatnya penggemar wayang 'tegar' rasanya tetap wujud, kalau bukan ainunl sekalipun. Sbb wayang ni dah wujud zaman merdeka dulu (wayang kulit? lagi lama).

    faisal:ya, setuju lagi.
    pihak swasta di Malaysia mcm payah nak bantu promosi filem2 animasi tempatan. Cth McD dan Nestle CocoCrunch, promosi filem2 Disney dan Dreamworx (mungkin sbb franchisor), tp tak pula bantu filem Putih... Man Spider pun entah ke mana.

    dan mungkin juga bantuan kewangan lebih bayk diperlukan oleh syarikat tempatan mcm yg MDC buat bantu terbit Upin/Ipin, Saladin.

    BalasPadam
  4. wah..suka sangat dgn entri ni..sangat-sangat-sangat...tak boleh nak bandinglah kualiti animasi kita dgn oarg putih yang dah lame tuh..tapi sebenarnya..bila tengok balik saladin..em,upin&ipin..tak lah teruk malah jaln cerita dan betullah..PENARIK tu penting...betullah..promoter pun ntah apa2..huhuhu
    tak yah komen lagi lah..semuanyer dah ade kat atas..hehehe
    tapi,memang..umat islam ketandusan hiburan animasi yang mendidik..
    saya lebih memahami perjuangan saladin lepas tengok ceritanya..

    BalasPadam
  5. Upin&Ipin dah agak popular sekarang. Idea pun boleh tahan kelakar (cth: 'selamat pagi, cik..gu'). Byk kali diulang tayang.

    BalasPadam
  6. seronok ada ketua kelas praktikkan macam tu dan cukgu yg sporting..hehehehe

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas entri ini. Amat membantu saya dalam membuat penyelidikan :)

    BalasPadam
  8. semua berkat MRS KARINA ROLAND
    Nama saya ANNISA LOGAN, saya dari Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman di internet bahwa mereka harus sangat hati-hati karena internet penuh dengan penipu, beberapa bulan lalu saya benar-benar membutuhkan pinjaman, untuk memperbaiki salun penata rambut saya, tetapi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, yang hampir membuat saya hidup lemas, sampai seorang teman saya memujuk saya ke salah satu pemberi pinjaman bernama MOTHER KARINA, pemilik KARINA ROLAND LOAN COMPANY, yang saya hubungi dan dia mengatakan kepada saya bahawa jika saya dapat memenuhi syarat dan ketentuan mereka bahwa pinjaman saya akan diberikan kepada saya dalam waktu kurang dari 24 jam yang saya lakukan, setelah itu saya mengajukan pinjaman sebesar 450 juta rupiah setelah detail saya diverifikasi dalam waktu kurang dari 24 jam, saya bank rekening dikreditkan. sekarang saya sangat senang atas kerja baik MOTHER KARINA dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk membagikan kesaksian saya tentang MOTHER KARINA, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman dalam bentuk apa pun, silakan hubungi MOTHER KARINA melalui email: karinarolandloancompany@gmail.com, atau whatsapp hanya +1 (585) 708-3478 Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: annisalogan622gan@gmail.com untuk pekerjaan baiknya dalam hidup saya dan keluarga saya.

    BalasPadam