بسم الله الرحمن الرحيم

"We are not in the position to apply pressure on anyone, we are a small country. But we do express our views on things. If we think that people are practicing double standards, we just say so, whether people listen to us or not is a different matter but we feel that we have to give our comment based on the truth." -Tun Dr. Mahathir Mohamad in 'Restoring Muslim's Dignity / Menebus Maruah Ummah'. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. KL. 2002

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته - Blog ni berkisar tentang hal-hal berkaitan pembangunan Malaysia ke arah Wawasan 2020, terutama berkaitan pembangunan negara menurut acuan Islam. Kita mempunyai cita-cita yg besar tetapi masih berdiri pada asas yg tidak kukuh. Saat kita jatuh, baru kita sedar di mana kita berpijak. (Ilustrasi: Potret Ibnu Sina)







Sabtu, 6 Disember 2008

Jangan 'over' ya, cikgu!

Ini adalah berkenaan cikgu yang 'terlebih' bereksperimen. Mungkin bukan salah dia atau sesiapa, cuma salah tanggapan akibat faktor sejarah lampau di AS...

Teacher sorry for binding girls in slavery lesson

Sebagai mengingatkan diri (dan pembaca), dalam memberi pendidikan perlu berhati-hati. Mutakhir ini pelajar-pelajar sekolah, remaja dan belia sudah terdedah kepada pelbagai pengaruh (positif dan negatif) kesan perkembangan teknologi dan minda. Natijahnya (dan malang sekali), ada kalangan mereka memilih jalan yang negatif dalam memberi reaksi dan tindakbalas kepada tindakan kita. Justeru sebagai guru, kita perlu berwaspada dalam tindakan, bukan saja demi kebaikan pelajar itu sendiri, tetapi juga kebajikan kita (kalau penampar 'murid' melayang, jangan mengamuk pula!)

Selain itu, yang ingin diungkap adalah kaedah eksperimen. Contoh kes tersebut di atas adalah berkenaan seorang guru yang bereksperimen dalam meningkatkan kesan dan mutu pembelajaran. Beliau cuba memberi contoh realistik kepada kandungan modul, tetapi disalah tanggap. Akibatnya, pelajar menganggap dia dipersendakan dan kecil hati (jadi tak berkesanlah!).

Oleh itu apabila merancang eksperimen, perlulah mengambil kira faktor sekeliling dan kesannya terhadap subjek eksperimen. Apatah lagi kalau melibatkan manusia dan haiwan, kerana selain ada perasaan, subjek juga sebenarnya dilindungi undang-undang (manusia ada hak asasi, privasi dll, haiwan ada akta perlindungan). Perancangan yang teliti dapat mengelakkan kesan buruk semasa dan selepas eksperimen, kerana kita ada persediaan yang rapi. Tapi semuanya ketentuan Allah. Kalau berlaku sesuatu di luar jangkaan, redha sajalah!

2 ulasan:

  1. wokeyh..akan dimanfaatkan!

    tertarik dengan kata ni masa view 'about me' td:
    Tapi, (bak kata KeretaMayat) 'sebelum jadi mayat', nak jadi insan soleh. Insya'allah.

    InsyaAllah!

    BalasPadam
  2. ya lah. apa lagi yang kita harapkan sebagai bekal ...

    doakan saya ke? terima kasih. Doa saya juga utk cik puan & keluarga. Sama2 kita doakan kesejahteraan diri kita dan saudara Islam yang lain.

    Juga trimas pada KeretaMayat

    BalasPadam