Tempoh hari (lama juga) saya terdengar wawancara di radio IKIM.fm berkenaan struktur penyeliaan penyelidikan di universiti di luar negara. Tamu wawancara ketika itu (malangnya tidak tahu siapa) mengulas tentang kebaikan dan kelebihan sistem penyeliaan di UK.
Menurut beliau, penyeliaan penyelidikan di UK, suatu makmal akan diketuai oleh seorang professor. Professor ini akan bertanggungjawab terhadap makmal kendaliannya. Di bawah seliaan professor ini juga terdapat (beberapa orang) pembantu professor. Di Malaysia pembantu professor lebih dikenali sebagai professor madya (madya bererti separuh). Di bawah pembantu professor, akan ada beberapa orang pelajar pasca graduat dan penyelidik (biasanya Master dan PhD). Mereka ini juga merupakan pembantu-pembantu penyelidik kepada projek berkenaan. Setiap mereka pula akan menyelia dan membantu pelajar-pelajar bacelor dan projek tahun akhir. Sistem bertetingkat atau hirarki ini ada juga diamalkan di negara kita. Pengalaman sewaktu bekerja di Malaysia Genome Institute (MGI), di UKM ketika itu, mendedahkan saya kepada struktur sebegini.
Namun pengalaman dan ilmu yg cetek tak memungkinkan saya memberi penilaian professional di sini. Sekadar pandangan peribadi, bahawa pendekatan seperti ini nyata berkesan dalam melahirkan tenaga penyelidik dalam jumlah yang ramai, kerana (1) kepakaran dan bantuan sentiasa diberi, (2) mudah berbincang tentang masalah kerana di bawah projek yang sama dan bantuan yg diberikan.
Selasa, 2 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saya tgh buat fyp, pening lalat gamaknya dgn sistem yang tak terurus.. huhu
BalasPadamfyp tu apa ye?
BalasPadamfyp + final year project
BalasPadamYang saya tidak ulas di sini (tapi penting), peranan 'ketua sebagai mentor'. Ketua perlu menjadi pembimbing dan pemotivasi, bukan setakat menyelia/mengetuai. Dikatakan (oleh tetamu itu) di Malaysia tak ramai ketua (penyelidikan) yang jd pembimbing. Orang bawah bekerja sendiri. Untuk renungan kita semua (dan juga yang bakal jd ketua) :)
BalasPadam